Ishh seperti biasa aku juga akan ditunding jari untuk memberi jawapan..sambil aku dok ber pk "Hmm kak Hana kan dah ada adik Raid, ingat tak dulu masa adik Raid kecik, haa itulaa dulu baby kak Hana." Tgk muka dia mcm puas hati tp.. "Alaa adik Raid dah jadi kanak-kanak, Hana nak baby baru..." Huhuhu tlg laa apa aku nak jawab.. Hmm aku terus terdiam leka tgk blog dan dia pun terus sambung pakaikan pampers si teddy bear dia.. Fuhh selamat aku..(kali ni laa)
Alkisahnya ni bukan kali pertama kak Hana cakap nak baby rasanya dah lebih 3 kali.. Pernah dulu dia cakap "Hana suka adik banyak banyak" Aku yg mendengar ni, tergelak and termenung seketika.. Kalaula ibu boleh beri adik yang banyak pada kak Hana... Hmm tak baik aku ckp mcm ni, mcm nada menyesal lak. Tapi aku bersyukur dgn apa yg aku ada kak Hana dan adik Raid.
Kedua dua anak ku ini lahir melalui cesarian (pembedahan).. Setelah aku melalui 2 pembedahan yg lain sebelum ni (utk sakit puan).. so total perut aku dibuka adalah 4 kali. Sejarah kak Hana keluar ikut pintu adalah kerana dia taknak keluar dari perut ibu.. dah lebih 2minggu dari tarikh due. Tarikh asal due Raya ketiga 13.10.07. tapi kak Hana keluar 27.10.07. Aku telah di tahan wad 3 hari awal, untuk di indius supaya ada rasa gesa untuk bersalin. Kali pertama indius, perut dan pinggang aku dah mula rasa sakit mcm nak senggugut.. so aku brth nurse n doc pun seluk. "Eh mana ada buka apa apa lagi ni, jauh lagi ni pintu rahim awak, awak minum air selusuh ker?" Ish seingat aku, aku cuma minum air yg Ustaz darul syifa' tu buat, itupun kira air selusuh ker? Doc marah dan buat keputusan bg ubat tahan sakit sbb aku sakit giler tp jalan tak buka..
Hari kedua indius, aku takde rasa apaapa, siap boleh bersia siar pergi ke wad bersalin di bahagian depan,, (kat Hospital Serdang sbb cik abg nak anak dia jd org Selangor). Hari ketiga indius,, sama jugak, langsung tiada apa sakit.. doc seluk cuma buka 2cm.. doc ckp anak awak ni mmg nak duduk jek dalam perut ni.. so doc terus decide lepas isyak dalam jam 9 aku ditolak ke labour room. Hmm masa tu aku terus sms cik abg.. Masuk labour room terus air ketuban aku dipecahkan, doc masuk kan ada satu btg plastik yg pjg, hmmm ya Allah sakitnye bila dipaksa pecakan. Jam dah 3 pg, jalan aku masih tak buka.. so esok jam 7.30 pg doc pakar masuk bw cik abg.(sian cik abg tak tido satu mlm) minta cik abg sign surat kebenaran untuk pembedahan dan risiko. Risikonya adalah aku ada fibroid yg duduk sebelah kepala kak Hana dalam rahim ibu, dan doc ckp kalau bleeding yg amat, cik abg kene sign surat kebenaran membuang rahim... Masa tu cik abg dah serbe salah, sambil memandang aku dgn berat dia pun sign.
Jumaat 10pagi aku ditolak ke dewan bedah, aku dibius kali pertama, sewaktu pisau bedah tu menghiris perut aku, aku menjerit sakitnya doc. Pakar bius yg ada kat kepala aku rasa hairan, awak rasa ke?? aku hanya mampu mengalirkan air mata. Jadi mereka bius aku untuk kali kedua, setelah tunggu 5 min, proses diteruskan. Tetiba dada aku di tekan dgn kuat sbb katanya kaki kak Hana tersangkut, sesak nafas aku. 10.06 pg kak Hana keluar hanya dgn sekali menangis jek. Masa tu benarla kata org saat kita dgr anak kita menangis hilang segala sakit, aku tanya doc "Anak sy lelaki ke perempuan?" Sbb dari awal mengandung aku tak tahu apa jantina anak aku, sbb tak nampak bila scan. "Awak tgk sendiri" Sambil tunjuk pd aku. 10.30 pagi aku telah selesai dijahit, dan Alhamdulillah doc ckp fibroid aku ok still duk dalam rahim.
Duduk di wad 3 hari lagi, itu procedure biasa untuk ibu bersalain bedah, masuk hari ke tiga kak hana kene kuning dan kene dok bawa lampu biru, meleleh air mata ibu bila dengar kak Hana jerit sbb kene amik darah. Hari ke lima baru aku dibenarkan keluar dan terus balik ke Melaka untuk sesi berpantang, Alhamdulillah skrg kak Hana dah pun 3 thn lebih, bijak nye bercakap mengalahkan org tue. Dan sekrg pun dah pandai demand nak adik.. huhu
Kak hana di hari pertama di dunia |
Waktu kak Hana kene Jaundice nampak kuningkan mata dia |
0 comments:
Post a Comment