04 May 2011

EnDomeTriOsiS

       Aku pernah disahkan sakit 'endometreosis' (endo) ni pada November 2005 iaitu 5 bulan setelah aku berkahwin. Ketika itu perutku buncit dan keras seolah olah ada baby. Penyakit ni doktor kata susah untuk seseorang pengidap endo ni mendapatkan anak. Masa tu ya Allah tuhan je yg tahu apa yg aku rasa. Tp alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun kalau ikutkan yg history ku yg sbnr, aku mmg teruk sakit sengugut ketika anak dara lagi, dan kerap kali doktor cakap aku akan susah untuk dapat anak. Tp mak kata, dulu pun mak sama gak tp dapat jek 6 org anak (adik beradik aku laa tu).
     
         Setelah disahkan, aku terus dimasuk kan ke wad sakit puan di HB Melaka krn bimbang akan pecah dan melarat ke organ lain. Jadi setelah 3 hari duk wad tibalaa hari pembedahan ku. Seawal jam 6.30 pagi nurse dah dtg untuk beri baju pembedahan dan aku diberikan ubat. Setelah itu 'strectcher' ku di tolak dan yg mengiringi ku adalah suami. Sampai je bilik bedah aku di ajar mengucap dan terus aku tidak sedarkan diri. Aku dibedah secara 'laporoskopi' dan setelah hampir 5 jam pipi ku ditepuk dgn kuat untuk sedarkan aku dari bius, rupanya aku dibius seluruh badan. alhamdulillah selesai dgn baik, dan untuk tempoh penyembuhan doktor nasihatkan aku ambl suntikan 'Zoradex' untuk memberhentikan haid aku krn khuatir akan berulang semula. Tp aku hanya ambil sekali suntikan sahaja, dan untuk Ogos 2006 aku dibedah sekali lagi kali ini secara emergency masuk wad pg t.hari terus bedah.
           Di sini aku ada lampirkan sedikit info ttg endometriosis.



" Merungkai kewujudan sista endometriosis dalam kalangan wanita, Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Damai Service Hospital, Dr. Mahes Sittampalam memberitahu, semua wanita yang sedang dalam fasa subur berisiko mendapat sista endometriosis.Sista endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang menyerupai selaput rahim tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan pelvis.

    Ia sepatutnya gugur dan menjadi darah semasa datang haid, tetapi sisa-sisa darah yang tidak gugur dan melekat di kawasan lain ini bertukar menjadi sista.Keadaan ini menjadikan pesakit berasa tidak selesa dan sakit di kawasan bawah perut dan belakang setiap kali datang haid ataupun ketika mengadakan hubungan suami isteri. 


       ENDOMETRIOSIS juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.Menurut Mahes lagi, tidak hanya mendatangkan rasa tidak selesa, endometriosis juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.Sista yang terdiri daripada gumpalan darah lama itu biasanya melekat di kawasan tiub fallopian dan ovari. Jika keadaan ini berlaku, ia akan menghalang laluan sperma untuk sampai ke telur. Jika berlarutan, sista boleh membesar dan pesakit sukar untuk hamil.

       Mempunyai ciri-ciri seperti barah iaitu boleh membesar dan merebak, bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana sista tidak boleh bertukar menjadi kanser. Pesakit kebiasaannya mengalami senggugut teruk, pendarahan yang banyak, sakit semasa buang air besar atau kecil, cirit-birit atau sembelit.

Go to fullsize image

Go to fullsize image
Model of endometriosis
Go to fullsize image
Go to fullsize image
Pembedahan secara Laparoskopi
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...