Aku sbnr nya tak berapa rapat dgn kak Suzi, tp ada sekali pada waktu ptg nak balik dalam jam 4.30 ptg laa (habis keje kul5), tibe tibe dapat panggilan dari kak Suzi. "Efa balik ni lalu mana ek? Blh tak efa tumpangkan akak sampai ke Pasar Borong Selayang je?" aku berfikir, kak Suzi duk Shah Alam nak naik apa jek kat pasar borong tu. Dia ckp takper nanti akak naik teksi ke komuter. Ish aku rasa tak sampai hati laa pulak dah dia mengandung. "takper kak sy hantarkan akak ke komuter Taman Wahyu, satu jalan jek tu." ( Reason nya : kak Suzi tak berapa berani nak bawa keta, dan selalu nya dia berkongsi kereta dgn oficmate seorg lagi yg mmg dari Shah Alam, tp kawan tu cuti bersalin, so...jadilaa share keta)
Kak Suzi seorang yang sgt menjaga makanan nye ketika mengandung, krn katanya dia telah disahkan mengidap kencing manis dan perlu untuk dia mengawal makan. Kalau aku dulu masa mengandungkan Raid juga disahkan, tp aku belasah jek hehe sbb alasan mengidam, tapi Alhamdulillah takde la kencing manis skrg. So baru baru ni ada jugak terserempak dgn kak Suzi. terus aku tanya., "akak dah scan ke anak boy ke girl"? Aku lak teruja nak tahu sbb anak anak kak Suzi sblm ni tiga tiga perempuan. "Doktor scan cakap lelaki'. Aku yg excited, alhamdulillah ada jugak rezeki akak nak anak lelaki.
1 Mei 2011 : Kak Suzi selamat melahirkan anak lelaki nya melalui pembedahan kerana tidak cukup bulan iaitu genap usia anaknya 8 bulan.
ALhamdulillah bayinya sihat dan berat dalam 2.5 kg. Selang beberapa hari anaknya disahkan Jaundise. Hmm bagi aku biasala penyakit zaman skrg, lahir jek baby mesti kene kuning. So anak nye diletakkan di bawah cahaya biru. Cuma aku rasa pelik knp dia tidak diletakkan di dalam inkubator. Dalam beberapa hari kemudian mereka dibenarkan keluar dari Hospital (tak sempat tanya kwn kwn hospital mana). Dan baby pun di sambut oleh kakak kakak nya yang sgt gembira menyambut org baru baru apatah lagi adik lelaki yg diinginkan selama ni. Seperti biasa kak Suzi melayan baby nya menyusu, menidurkan dan sebagainya. Pada keesokan paginya, kak Suzi nak salinkan pampers anak nya, pada waktu itu kak Suzi perasan yg baby nya lain mcm, pucat dan sejuk rupa rupanya baby telah pergi meninggalkan dunia yg fana ini. Bayinya telah disahkan meninggal dunia dan pergi buat selama-lamanya. Ya Allah tak dapat aku nak bayangkan bagaimana perasaan kak Suzi di saat itu. Ya Allah saat aku menulis ayat ini jantung hati ku berdegup laju.. Pihak hospital nak buat post mortem tp pihak famili taknak kerna kak Suzi kata mungkin meninggal masa tidur.

Bayinya yg aku dgr telah selamat dikebumikan di Segamat kampung halaman kak Suzi. dan aku cuba juga untuk menghubungi nya untuk menziarahi tp tiada balasan, mungkin belum bersedia untuk menerima panggilan. Buat kak Suzianti Sulaiman semoga akak tabah menghadapi dugaan Allah, semoga roh bayi itu menjadi jaminan untuk akak ke syurga, amin. Ya Allah, Kau berikanlaa ketabahan dan semangat baru kepada kak Suzi agar dia terus kuat menghadapi dugaan ini, amin... AL-Fatihah.
*Sumber dari office mate. Jika ada tersilap harap maklumkan saya supaya boleh di edit.
0 comments:
Post a Comment