So apakata kita masak specel sikit hari ni...xderlaa specel sgt kot kalau bg org lain ;). Tp bg ku begitu berharga tau. Specel untuk cik abg.. Menunya adalah jeng jeng jeng... Nasi Ayam Madu. Resepinya simple jek, kalau nak blhlaa try ek, bg yg dah terer hehe blhlaa share resepi tersendiri.
Cara-caranya adalah :
First rebus ayam dulu.
Tadah air dalam satu periuk, masuk kan 2 kiub ayam, blender kan bawang putih, halia dan bawang merah, Bahagikan kepada dua bahagian. 1 untuk masuk dalam rebusan ayam 2 untuk buat sup nanti. Rebus ayam dgn semua bahan tadi sehingga empuk.
Nasi Ayam :
Beras, bawang besar, putih, halia (tumbuk), bunga lawang, kayu manis , cengkih (bahan B) 2 kiub ayam.
CARA : basuh beras, tumis bahan tumbuk tadi dgn sesenduk planta, masuk kan bahan B, tumis hingga naik bau masukkan kiub ayam dan beras. Last masukkan air dari rebusan ayam. Tutup oeriuk, tunggu hingga masak.
Nasi yg telah siap di masak. |
Panaskan kuali, tumis bahan yg sudah diblender tadi ( bwg putih, halia dan bwg merah). Masukkan kiub ayam, letak garam secukup rasa, masukkan rempah sup dan sup bunjut. Lepas tu baru letak air rebusan ayam. Nak nampak cantik, letak sikit daun sup.
Sup. |
Setelah direbus, tos kan, letak dalam satu bekas dan perap kan dengan sos tiram, kicap manis, dan madu. Gaul kan dan perapkan dalam 10 minit, kemudian bakar dalam oven dalam 180c selama 30 min. Ha lepas tu dah siap hmm harum baunya.
Proses pembakaran |
Hidangkan atas meja untuk makanan tengah hari... makan bersama cik abg, kak hana dan adik raid, dimulakan dgn doa makan bacaan kak hana (adik raid dah tadah tgn xsabar nak makan). Eh lupa lak cik lat (naquiah) ada sekali.. masak masak td byk di bantu oleh cik Lat. TQ to cik Lat krn tlg tgk tgk kan anak anak ibu.
* Alhamdulillah, kenyang ;) Selesai makan, tanya cik abg. bape markah dari 10? Sambil tersengih : 7. Hehe oklaa ek untuk 1st trial. Pasni nak cuba apa lak? Hmm nak cuba kali kedua makaroni bakar laa. sbb dulu dah cuba xbaper menjadi.
0 comments:
Post a Comment