Januari 2007 : Genap sebulan pakai ke Nilai Internatinal College. Sampaila aku resign. Feb 2007 aku disahkan mengandung (Kak hana) dgn viosla aku berulang alik ke hospital n klinik.
April 2007 : Cik abg pasang tinted gelap sikit, tuka kepada leather seat waktu tu aku pregnant 2 bulan n tgh emik exam Peg Hal Ehwal Islam N41 (masa ni dah sampai final stage interview selepas bersalin kan kak Hana, tp bukan rezeki huhu) kat Inst Baitul Mal KL. Masa tu aku masuk je keta rasa lain jek keta aku ni, Dok pk apa yg lain... (cik abg aku ni mmg jenis tak suka brth apa yg dia buat). So aku pun dok pk.. ooo rupanya seat dah lain.. lagi empuk ;)
Ogos 2008 : Kerja di Seremban 2, hmm dgn kereta kesayangan ku inilaa yg setiap hari membawa ku ulang alik dari bangi ke seremban dan pernah sekali kau dikepung oleh dua civic hitam seolah olah seperti ingin menjadi pembuli jalanraya kerana pemandu mu adalah aku, seorang wanita. Tp krn pemandumu seorg yg juga keras kepala lantaklaaa kita pecut jeee. Jasamu juga ketika di seremban sentiasa dihargai oleh rakan rakan di Kolej Negeri kerana kerap membawa mereka keluar lunch kat Jusco.
Nov 2008 : KPJ Nursing college pula arah tujuan mu selepas ni. yg terletak di kota seriemas nilai, setiap hari bersaing dgn lori di kiri kanan jalan. tapi tak lama selama 4 bulan saje.
Feb 2009 : Aku ulang alik dari Bangi ke Selayang setiap hari hingga kini 120 km pergi dan balik, dan perjalanan kali ini lebih mencabar dan penuh dgn dugaan. Pernah sekali dirimu dihentam oleh Saga Merah entah knp amarahnyaa kau dilanggar di bhgn hadapan tp alhamdulillah tiada kemek. Pernah juga kau di langgar lori besar mungkin ketika itu krn aku cuai terlelap sekejap tp syukur juga tiada kemek. Dan peristiwa yg paling tidak dapat dilupakan hampir mengalami accident hentam keta depan walaupun sudah dirimu membrek kecemasan hinggakan berbunyi tayar, tp alhamdulillah drimu dan aku masih dilindungiNya.
Julai 2010 : Cik abg menyatakan hasratnya untuk menjual mu. krn membazir untuk pakai dua keta sekali gus, maklumlaa lagipun duduk di KL ni komitmen tinggi, sara hidup tinggi, semuanya tinggi laaa. Tp aku puas mempertahankan agar kau tidak dijual dgn alasan untuk aku pergi ke tempat keje. Takkan aku nak bawa keta MPV sebesar tu setiap hari dgn cc 2.0 yg lagi kuat menelan minyak. Kalaulaa Selayang tu dekat xper juga. Dan akhirnya cik abg beralah. dgn syarat semua maintenance aku tanggung. ok DEAL.
April 2011 : Hati kecil ku berkata mampu ke aku nak tanggung kos sara hidup mu lagi VIOS?? Sdgkan aku juga mempunyai byk komitmen lain.. hmm sedihnyaaa nak melepaskan mu setelah hampir 5 tahun kau menabur jasa.
Mei 2011 : Meninjau My Vi sambil mata masih lagi memerhatikan Vios di luar. Sayu rasa hati ini. apa kah yg harus aku lakukan??
Note: Ada sesiapa berminat dgn my Vios?? huhu (dalam hati beratnye nak bertanya).
0 comments:
Post a Comment