Hmm bagaimana agaknya nak mulakan coretan yg sbnrnya benar benar mengheret aku ke pada sakit migrain yg teruk... bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak.
Mcm mana untuk aku membuat satu keputusan yg amat payah yg akan melibatkan masa depan, sdgkan semua situasi mengarahkan aku 'melahirkan' satu surat untuk di ajukan kepada yg berkenaan. Tp surat itu nanti kelak akan memberi impak yg amat besar. Persoalannya adakah aku mampu menghadapi apa apa yg akan berlaku selepas ini???
Aaaahhh sgt sukar untuk mencari satu konklusi.. jalan yg terbaik adalah solat Istikharah.. Ya Allah bimbinglaa aku dalam memilih jalan yg sukar untuk aku memutuskan nya, amin.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
0 comments:
Post a Comment