01 June 2011

Ibu Kak HaNa nAk Baby Laaa.. (part 2)

Hmm sambungan dari part 1, apabila kak Hana minta baby baru.. Kali ni kisah adik Raid lak.
      
         Julai 2009 hari Rabu, aku puasa ganti. Tp puasa ganti aku kali ni, lain mcm lak. Sakit kepala yg amat sgt. Aku mmg dah disahkan doc mengidap migrain (sbnrnya dari zaman sekolah lagi), tp kali ni migrain aku sgt teruk hinggakan aku tak mampu utk angkat kepala. Dah 3 hari berturut turut telan pain killer, acti fast still sama sakit tak berkurang. So hari Sabtu cik abg ajak ke Hospital An Nur Bangi utk check knp teruk sgt sakit kpla. Doc terus kata nak inject aku pain killer yg lagi kuat utk redakan kesaiktan aku, waktu tu tetiba jek cik abg halang, dia suruh aku wat UPT (urine pregnancy test), aku ckp "knp lak nak kene wat UPT bukannya efa mengandung?"  Sbb aku tak lewat pun tarikh period, tp doc ckp buatlaa untuk puaskan hati suami awak. So aku pun dgn berat hati buat, dan keputusannya... sungguh tak disangka sangka, doc :"Nasib baik sy tak inject awak td puan, awak mmg mengandung, syukurla kita dgr cakap suami awak suruh buat test."  Haaa??? aku yg tgh sakit kepala teruk ni yg dah seminggu tak baik baik terus tercengang!! n Hilang terus sakit kepala... pelik kan??
       So aku pun balik laa dgn cik abg dan kak Hana dgn rasa yg masih tidak percaya, waktu tu kak Hana dah 2 tahun 9 bulan. Cik abg tersenyum senyum jek, hepi.. Kak Hana pun dah tau yg dalam perut ibu ada baby, so since hari tu kak Hana asyik cium perut ibu. So due aku kali ini adalah 25.02.2010. Dan yg peliknya kali ni, masuk bulan ke empat pregnant buat routine check up, doc dah sahkan anak aku kali ni adalah lelaki, naik hairan aku dibuatnya, baru 4 bulan dah nampak ke. Tp dalam hati dah tersengih syukur, cuma aku masih berpegang kuat, jgn terlalu mengharap nanti kecewa. Jadi aku pun tak hebohkan pada sesiapa, hinggala pada usia kandungan dah 9 bulan doc scan lagi n kata "Haa nak tgk anak awak ni, tak malu ha terkangkang nampak buah dia."  So sahlaa anak aku yg kedua ni adalah lelaki.. Alhamdulillahh comfirm.
        
      24.02.2010 aku di masukkan ke wad Hosp Serdang, kali ni aku tak blh lagi lewat lewatkan bersalin mcm kak Hana (lewat dari due asal) sbb aku ada kencing manis (mujurla lepas bersalin terus hilang). 25.02 aku diindius untuk kali yg pertama, krn doc sedar yg kali ni pun aku akan lambat bersalin sbb bila doc seluk pintu rahim aku jauh lagi seolah olah lagi sebulan nak bersalin, Hmm seksanya mengandung ni bukan sakit nak bersalin, tp sakit sbb asyik kene seluk. Hari ke2 indius lagi sbb tak buka langsung jalan n aku langsung takde rasa sakit. Mak aku pun heran, org lain dah indius sekali jek dah sakit bagai nak rak nak bersalin, aku lak leh rilex lagik.. Kali ni baru buka 1cm. Dalam masa tu aku tak putus putus doa, ya Allah kali ni biarlaa aku bersalin secara normal. Hari ke 3 indius sekali lagi iaitu pada 27.02 n keesokkannya sama saja masih 1cm. Haaa tensionnyeee aku.. rasa tertekan sgt. So doc pun decide esok ahad awak akan dibedah, krn dah lewat 3 hari (dalam hati aku ckp, alaa doc baru 3 hari anak sy dulu lagi lambat) tp doc terus kata kali ni tak leh tangguh sbb awak ada kencing manis.... Hmm  patutlaa.
        So esok pagi selepas sarapan aku kene puasa sbb nak di operate jam 2 ptg. Masuk jam 2, tak de jugak, kata nurse doc ada emergency, sbb hari ni hari ahad. huhu sampailaa jam 5 ptg barulaa aku di tolak ke labour room, n spt biasa jugak air ketuban aku dipecahkan secara paksa.. sakitnyee. Jam 6 ptg ditolak masuk ke bilik pembedahan, aku dah hampir  'Hipo' sbb tak makan dari pg, Kali ni sgt berbeza dari yg sulung, sakitnya bila dibius ya Allah tak terkata sbb dua kali mereka nak tebuk lubang di bhgn tulang belakang tak masuk, kemudian kali ke 3 baru masuk..  proses diteruskan. dalam jam 6.10 ptg anak aku selamat dikeluarkan, kuat suara dia menangis, almaklumlaaa lelaki. So skrg proses utk menjahit semula perut aku, waktu tu aku dah semakin lemah, dan tak berdaya utk berkata apa pun, (kalau masa kak Hana, siap berborak dgn Pakar bius yg duk kat kepala aku). 
        Tibe tibe keadaan jadi kelam kabut, aku yg separuh sedar tu hanya mampu melihat dgn mata yg hampir tertutup. Aku dapat lihat doc yg tgn dia penuh dgn darah kelam kabut ke sana ke mari n sambil pembantu doc tu pun tlg pegangkan telefon utk bg doc cakap(dlm bilik bedah pun ada telefon tau).. waktu tu aku makin lama dah tak sedar (sedangkan bius separuh jek).dan terus tidak sedarkan diri. Rupa rupanya aku mengalami pendarahan yg serius.( sbb kali ni pregnant pun fibroid still ada sblh baby dalam rahim). Jam 10 mlm aku dikejutkan oleh nurse, di luar bilik bedah. Waktu tu tiba tiba aku dapat rasa yg jejari kaki aku blh bergerak. Eh knp lak ni, sbb masa aku bersalinkan kak Hana pagi Jumaat, n esok pagi Sabtu baru kaki aku blh bergerak sbb bius dah hilang. Tp skrg ni, Adakah bius dah hilang?? Selang 10 min, tiba tiba aku rasa sakit yg amat kat bahagian perut. Jujur aku katakan kali ni, aku langusng tak terigtkan anak. Mungkin krn kesakitan yg amat sgt.. Nurse inject ubt  tahan sakit.. 5 min jek bertahan, dan sakit semula.. ya Allah sakitnya tak terkata.
       Jam 11 aku ditolak ke wad, aku minta 1st class satu katil utk suami aku jaga (waktu ni kak Hana dah ditransfer ke Melaka, sian kak Hana kene cacar, ibu tak jaga pun) Dalam perjalanan ke wad, aku asyik tanya nurse, "Knp sy sakit sgt ni nurse?".  Sampai kat wad, suami belum sampai lagi, aku masih belum lagi teringin utk lihat anak aku. Sbb sakitnya tak tertahan, hinggalah hampir setiap 10 min aku menekan butang kecemasan, at last doc terus inject morfin utk kurangkan sakit aku, doc ckp" awak mmg akan sakit sbb kami telah letak ubt utk paksa rahim awak kecut krn td di bilik bedah awak tlh mengalami pendarahan yg serius. Sbb tu bius awak dah hilang.." Masuk morfin pun still sakit tak de kesan langsung.   Ya Allah kalau aku tak kuat mlm tu, seriusly, aku hampir meroyan krn sakit yg amat sgt.. 
       Esoknye, aku dah terlalu lemah, krn satu hari aku tak makan (sarapan pagi smlm jek) dan krn menahan sakit yg amat. Tibe time doc check up, doc pesan "kali ni awak bersalin kali kedua sgt berisiko, jd saya nasihatkan utk kali ketiga beri laa ruang hingga 5 thn. dan risiko tetap ada cuma ianya mampu kurangkan risiko yg lebih tinggi, dan yg ke3 awak akan di operate juga dan terus ikat, maknanya last awak pregnant adalah yg ke 3.Dan utk pengetahuan awak, fibroid awak still kat dalam rahim awak, kami tak mampu utk buat apa, kalau kami buang semalam, akan jd lebih kritikal" Aku hanya termenung, dan tak mampu utk berkata apa. Aku masih lagi dalam keadaan trauma...dan yg pasti masuk hari ke2 baru aku ada rasa utk melihat anak yg baru dilahirkan. Org kata, kalau kita tak kuat dan tiada sokongan suami, mungkin aku dah meroyan, Na'uzubillah....

* Alhamdulillah kini Muhd Raid Rusyaidi sudah 1thn 2bulan. Tp ibu masih lagi trauma syg.. jadi utk ibu tunaikan permintaan kak Hana, rasanya belum mampu lagi sekarang. Dan ibu hanya mampu utk beri 2 org adik saje pada kak Hana, krn ibu tak mampu utk tunaikan impian kak Hana yg suka adik ramai. Maafkan ibu... 


Raid di usia 2 hari
Dalam sesi berpantang


Hero ibu, yg sekarang sgt suka menyakat kak Hana ;)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...