31 May 2011

Ibu Kak HaNa nAk Baby Laaa.. (part 1)

Malam tadi tgh aku sibuk dok memperbetulkan blog aku yg dah lari setting nya dan segala widget yg ada pun hilang entah ke mana, (al maklumlaa org junior dalam dunia blog..) tetiba jek kak hana yg duk peluk kiri kanan teddy bear cakap pada ayah "Ayah hana nak baby laaa.. ibu dgn ayah kahwin laa cepat nanti hana blh dapat baby baru, kalau ibu ayah tak kahwin mcm mana hana nak ada baby?" Ooppss biar betul apa yg aku dengar ni.. perasaan ibu : terkejut, tertelan air liur, terpana, terdiam seketika.. mana anak aku belajar ni?? Jap..jap.. hmm rasanya umur dia baru 3 tahun 7 bulan(sambil jari aku mengira dari Oktober).. Alamak!! Apa aku nak jawab.. Cik abg dah dok tersengih "Hana tanya ibu".
       Ishh seperti biasa aku juga akan ditunding jari untuk memberi jawapan..sambil aku dok ber pk "Hmm kak Hana kan dah ada adik Raid, ingat tak dulu masa adik Raid kecik, haa itulaa dulu baby kak Hana." Tgk muka dia mcm puas hati tp.. "Alaa adik Raid dah jadi kanak-kanak, Hana nak baby baru..." Huhuhu tlg laa apa aku nak jawab.. Hmm aku terus terdiam leka tgk blog dan dia pun terus sambung pakaikan pampers si teddy bear dia.. Fuhh selamat aku..(kali ni laa)
       Alkisahnya ni bukan kali pertama kak Hana cakap nak baby rasanya dah lebih 3 kali.. Pernah dulu dia cakap "Hana suka adik banyak banyak" Aku yg mendengar ni, tergelak and termenung seketika.. Kalaula ibu boleh beri adik yang banyak pada kak Hana... Hmm tak baik aku ckp mcm ni, mcm nada menyesal lak. Tapi aku bersyukur dgn apa yg aku ada kak Hana dan adik Raid.
        Kedua dua anak ku ini lahir melalui cesarian (pembedahan).. Setelah aku melalui 2 pembedahan yg lain sebelum ni (utk sakit puan).. so total perut aku dibuka adalah 4 kali. Sejarah kak Hana keluar ikut pintu adalah kerana dia taknak keluar dari perut ibu.. dah lebih 2minggu dari tarikh due. Tarikh asal due Raya ketiga 13.10.07. tapi kak Hana keluar 27.10.07. Aku telah di tahan wad 3 hari awal, untuk di indius supaya ada rasa gesa untuk bersalin. Kali pertama indius, perut dan pinggang aku dah mula rasa sakit mcm nak senggugut.. so aku brth nurse n doc pun seluk. "Eh mana ada buka apa apa lagi ni, jauh lagi ni pintu rahim awak, awak minum air selusuh ker?" Ish seingat aku, aku cuma minum air yg Ustaz darul syifa' tu buat, itupun kira air selusuh ker? Doc marah dan buat keputusan bg ubat tahan sakit sbb aku sakit giler tp jalan tak buka..
      Hari kedua indius, aku takde rasa apaapa, siap boleh bersia siar pergi ke wad bersalin di bahagian depan,, (kat Hospital Serdang sbb cik abg nak anak dia jd org Selangor). Hari ketiga indius,, sama jugak, langsung tiada apa sakit.. doc seluk cuma buka 2cm.. doc ckp anak awak ni mmg nak duduk jek dalam perut ni.. so doc terus decide lepas isyak dalam jam 9 aku ditolak ke labour room. Hmm masa tu aku terus sms cik abg.. Masuk labour room terus air ketuban aku dipecahkan, doc masuk kan ada satu btg plastik yg pjg, hmmm ya Allah sakitnye bila dipaksa pecakan. Jam dah 3 pg, jalan aku masih tak buka.. so esok jam 7.30 pg doc pakar masuk bw cik abg.(sian cik abg tak tido satu mlm) minta cik abg sign surat kebenaran untuk pembedahan dan risiko. Risikonya adalah aku ada fibroid yg duduk sebelah kepala kak Hana dalam rahim ibu, dan doc ckp kalau bleeding yg amat, cik abg kene sign surat kebenaran membuang rahim... Masa tu cik abg dah serbe salah, sambil memandang aku dgn berat dia pun sign.
       Jumaat 10pagi aku ditolak ke dewan bedah, aku dibius kali pertama, sewaktu pisau bedah tu menghiris perut aku, aku menjerit sakitnya doc. Pakar bius yg ada kat kepala aku rasa hairan, awak rasa ke?? aku hanya mampu mengalirkan air mata. Jadi mereka bius aku untuk kali kedua, setelah tunggu 5 min, proses diteruskan. Tetiba dada aku di tekan dgn kuat sbb katanya kaki kak Hana tersangkut, sesak nafas aku. 10.06 pg kak Hana keluar hanya dgn sekali menangis jek. Masa tu benarla kata org saat kita dgr anak kita menangis hilang segala sakit, aku tanya doc "Anak sy lelaki ke perempuan?" Sbb dari awal mengandung aku tak tahu apa jantina anak aku, sbb tak nampak bila scan. "Awak tgk sendiri" Sambil tunjuk pd aku. 10.30 pagi aku telah selesai dijahit, dan Alhamdulillah doc ckp fibroid aku ok still duk dalam rahim.




        Duduk di wad 3 hari lagi, itu procedure biasa untuk ibu bersalain bedah, masuk hari ke tiga kak hana kene kuning dan kene dok bawa lampu biru, meleleh air mata ibu bila dengar kak Hana jerit sbb kene amik darah. Hari ke lima baru aku dibenarkan keluar dan terus balik ke Melaka untuk sesi berpantang, Alhamdulillah skrg kak Hana dah pun 3 thn lebih, bijak nye bercakap mengalahkan org tue. Dan sekrg pun dah pandai demand nak adik.. huhu


Kak hana di hari pertama di dunia
Waktu kak Hana kene Jaundice
nampak kuningkan mata dia




               


     

29 May 2011

HePi AnNiVerSarY tO uS ;)





        280511 : Eh eh dah pukul 1 pg. "Hepi anniversary syg..." tibe tibe cik abg senyum senyum. Jam dah 1 pagi lebih Sabtu tgh mlm. Sbbnya tgh pagi buta tu wish, ada org dtg umah sampai jam 1 pagi baru dia balik, so aku yg pada mulanya mmg igt terus hilang ingatan, tak ingat langsung. So bila cik abg wish.. Aku terus tersengih, (dalam hati berbunga riang) a'ah laa hari ni anniversary kite org yg ke 6. Mcm mana aku leh lupa ek.. ni org yg dtg td la punya pasal sampai aku dah mengantok bangat, anak anak sampai dah tertido nak tunggu org tu balik..   
        Sbnrnya org tu kami pun tak kenal, dia dtg sbb nak demo satu alat untuk membersihkan rumah, dia dapat no cik abg dari kawan cik abg. Yg besnye dia demo siap tlg kemaskan umah aku lagi yg dah already bersepah hehe.. thx to pn demo. Hati dah tertarik dgn brg demo dia sbb blh buat byk benda dalam satu mesin : 1. Air purifier 2. Air sanitizer, aromatic n medicate the air 3. Vacum Mattress comforter carpet sofa 4. Hilangkan habuk pada perabut rumah. Wah wah mmg dah tertarik. So bila dah siap demo kita bukak fail lak. Ha melopong aku dgr harganya RM7500.. mak aiii terkojut beruk eden.. mahalnya. Cik abg dah tersengeh sengeh, so lepas ni mmg keje aku la nak reject secara berhemah.  Dia nye strategy marketing mmg baikk punyee laa tu yg sampai kul 1 pagi tak balik balik sbb aku dgn cik abg puas gak nak dok yakinkan dia yg kita org berminat tp tak mampu nak beli.. :), sori ek pn demo.

       So bila pn demo tu balik.. cik abg pun wish laa and rupa rupanya ada citer yg tersmbunyi "tau tak hari ni abg nak bagi hadiah tp tak jadik.." Dlm hati ku, eh eh naper  lak tak jadik? ni yg tak syiok ni.. Rupa rupanya dia nak wat surprise (tu mmg trend dia bila nak bg sesuatu.. tanpa aku sendiri sedar) tp tak jadik sbb kos penghantaran lebih kurang harga barang yg nak di bagi(sbb brg nye adalah dari online). So kesimpulannya terpaksala cancel.. huhuhu. Nak tau tak pedia? hadiah yg mmg aku angankan, impikan dan harapkan.. tp takperlaa kene laa redha lagipun reason yg cik abg bg mmg kukuh. So keputusannya cik abg bg hak pada aku untuk pilih nak hadiah apa.. tapiii...yg menjadi masalahnye, aku tak tahu apa yg aku nak.. And siang siang cik abg dah warning dgn satu syarat pilih jek hadiah apa kecuali Handbeg n kasut.... hahaha aku tergelak... itu namanya perli..(sbb dah byk kot..hehe biasala org pompuan ;). So hadiah yg aku pilih...;) secret. Apa pun luv u my hubby.


       Thx a lot darling for everything u done to me n for our kids.. u r the best husband and father for me.. Efa minta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini sbg seorg isteri dan juga sebagai seorang ibu. Efa akan cuba dan akan jadi yg terbaik untuk abg dan anak anak kita... luv u all so muc. Efa hargai segala apa yg kita ada saat ini. Alhamdulillah.. Semoga perkahwinan kita sentiasa di dalam rahmat dan diberkati oleh Allah s.w.t amin..



ini lee hadiahnyee huhu
Apala en tukang hantar mahal sangat kosmu





Pooh nila.. hadiah pertama yg efa dapat dari cik abg, apabila kali pertama kita jumpa Aprill 2004. Dah 7 thn usia my love pooh lebih tue dari anak ibu kak hana... n kak hana suka sgt peluk, lanyak n hempap pooh.









                                     

13 May 2011

Nasi Ayam Madu

13 Mei :  Sabtu hujung minggu, Cik abg ke ofic pagi td, setelah hampir setiap 10 minit hp nya asyik berdering sejak maghrib semalam. Katanya system kat bank tu ada problem, gangguan problem sampai ke tgh mlm still ringing,  muka cik abg pun moody berkerut masam sbb nak pk mcm mana nak solve that problem yg akan efek kan programming ntah apa ntah dia sebut BFX 123456 pekebenda laa namanya ek. Hehe sian cik abg..
             So apakata kita masak specel sikit hari ni...xderlaa specel sgt kot kalau bg org lain ;). Tp bg ku begitu berharga tau. Specel untuk cik abg.. Menunya adalah jeng jeng jeng... Nasi Ayam Madu. Resepinya simple jek, kalau nak blhlaa try ek, bg yg dah terer hehe blhlaa share resepi tersendiri.


Cara-caranya adalah : 


First rebus ayam dulu.
      Tadah air dalam satu periuk, masuk kan 2 kiub ayam, blender kan bawang putih, halia dan bawang merah, Bahagikan kepada dua bahagian. 1 untuk masuk dalam rebusan ayam 2 untuk buat sup nanti. Rebus ayam dgn semua bahan tadi sehingga empuk.


Nasi Ayam :
Beras, bawang besar, putih, halia (tumbuk), bunga lawang, kayu manis , cengkih (bahan B) 2 kiub ayam.
 CARA : basuh beras, tumis bahan tumbuk tadi dgn sesenduk planta, masuk kan bahan B, tumis hingga naik bau masukkan kiub ayam dan beras. Last masukkan air dari rebusan ayam. Tutup oeriuk, tunggu hingga masak.
Nasi yg telah siap di masak.
Sup Ayam :
    Panaskan kuali, tumis bahan yg sudah diblender tadi ( bwg putih, halia dan bwg merah). Masukkan kiub ayam, letak garam secukup rasa, masukkan rempah sup dan sup bunjut. Lepas tu baru letak air rebusan ayam. Nak nampak cantik, letak sikit daun sup.


Sup.
Ayam :
   Setelah direbus, tos kan, letak dalam satu bekas dan perap kan dengan sos tiram, kicap manis, dan madu. Gaul kan dan perapkan dalam 10 minit, kemudian bakar dalam oven dalam 180c selama 30 min. Ha lepas tu dah siap hmm harum baunya.

Proses pembakaran
 Final Step, 
    Hidangkan atas meja untuk makanan tengah hari... makan bersama cik abg, kak hana dan adik raid, dimulakan dgn doa makan bacaan kak hana (adik raid dah tadah tgn xsabar nak makan). Eh lupa lak cik lat (naquiah) ada sekali.. masak masak td byk di bantu oleh cik Lat. TQ to cik Lat krn tlg tgk tgk kan anak anak ibu.


Alhamdulillah, kenyang ;) Selesai makan, tanya cik abg. bape markah dari 10? Sambil tersengih : 7. Hehe oklaa ek untuk 1st trial. Pasni nak cuba apa lak? Hmm nak cuba kali kedua makaroni bakar laa. sbb dulu dah cuba xbaper menjadi. 


11 May 2011

Takziah buat kak Suzi atas kehilangan bayi

Saat hati seorang ibu diberitahu yg dirinya mengandung... alangkah gembira yg tidak terkata. tidak kiralaa anak itu adalah anak yg pertama, kedua atau yg keberapa sekali pun.Yg pastinya kegembiraan itu jelas akan hadir dalam hati seorang ibu, walaupun akan bercampur dgn rasa takut dan tertanya-tanya apa yg akan berlaku selepas ni. Begitulaa juga yg berlaku pada rakan sekerja ku yg ku panggil kak Suzi seorang Pensyarah dari Unit Hotel dan Katering. Seorang yg lemah lembut dan murah dgn senyuman. Dia telah disahkan mengandung anak yg ke 4 pada pertengahan 2010. Dan seingat aku kak suzi baru jek melahirkan anak pada 2009, dan bila diajukan soalan itu, dia pasti akan tersenyum lembut tutur katanya. "takpe efa skrg ni kita kene cepat nanti umur makin meningkat lagi berisiko, akak suka ramai ramai". Aku rasa bangga dengan kenyataannya sebagai seorg ibu yg berkerjaya di bandar KL ni. Bukan apa selallunya kita dgr org bandar dan berkarier ni xnak anak ramai, paling koman pun dua. Dah dapat sepasang haa kira dah cukup kuota laa tu. Sbb alasan zaman skrg semua dah lain bajet tinggi, masalah remaja dan segala-galanya.
         Aku sbnr nya tak berapa rapat dgn kak Suzi, tp ada sekali pada waktu ptg nak balik dalam jam 4.30 ptg laa (habis keje kul5), tibe tibe dapat panggilan dari kak Suzi. "Efa balik ni lalu mana ek? Blh tak efa tumpangkan akak sampai ke Pasar Borong Selayang je?" aku berfikir, kak Suzi duk Shah Alam nak naik apa jek kat pasar borong tu. Dia ckp takper nanti akak naik teksi ke komuter. Ish aku rasa tak sampai hati laa pulak dah dia mengandung. "takper kak sy hantarkan akak ke komuter Taman Wahyu, satu jalan jek tu."    ( Reason nya : kak Suzi tak berapa berani nak bawa keta, dan selalu nya dia berkongsi kereta dgn oficmate seorg lagi yg mmg dari Shah Alam, tp kawan tu cuti bersalin, so...jadilaa share keta)
       

07 May 2011

ReD vOiR - StiLL NeW

Red VoiR




Note : Beli di Parkson, tak pernah pakai sbb tinggi sgt lak rasa.(masa beli tak rasa tinggi pun)
Harga : RM 45 (nego)

* Pls do not hesitate to contact me ;) TQ

06 May 2011

My VioS vs My Vi..,

Disember 2006 : hari Raya Haji adalah hari pertama bawa pulang ke Melaka. Hitam metallic warnanya menawan hatiku. Seat nye yg disaluti fabric kelabu sungguh empuk diduduki. Body my sungguh menawan sesiapa sahaja yg memandangmu...aku jatuh hati pada mu. Saat kali pertama aku menyentuh mu, aku sudah tertawan dan ingin menjadikan kau milikku selamanya.

     Januari 2007 : Genap sebulan pakai ke Nilai Internatinal College. Sampaila aku resign. Feb 2007 aku disahkan mengandung (Kak hana) dgn viosla aku berulang alik ke hospital n klinik. 
     April 2007 : Cik abg pasang tinted gelap sikit, tuka kepada leather seat waktu tu aku pregnant 2 bulan n tgh emik exam Peg Hal Ehwal Islam N41 (masa ni dah sampai final stage interview selepas bersalin kan kak Hana, tp bukan rezeki huhu) kat Inst Baitul Mal KL. Masa tu aku masuk je keta rasa lain jek keta aku ni, Dok pk apa yg lain... (cik abg aku ni mmg jenis tak suka brth apa yg dia buat). So aku pun dok pk.. ooo rupanya seat dah lain.. lagi empuk ;)

      Ogos 2008 : Kerja di Seremban 2, hmm dgn kereta kesayangan ku inilaa yg setiap hari membawa ku ulang alik dari bangi ke seremban dan pernah sekali kau dikepung oleh dua civic hitam seolah olah seperti ingin menjadi pembuli jalanraya kerana pemandu mu adalah aku, seorang wanita. Tp krn pemandumu seorg yg juga keras kepala lantaklaaa kita pecut jeee. Jasamu juga ketika di seremban sentiasa dihargai oleh rakan rakan di Kolej Negeri kerana kerap membawa mereka keluar lunch kat Jusco. 
      Nov 2008 : KPJ Nursing college pula arah tujuan mu selepas ni. yg terletak di kota seriemas nilai, setiap hari bersaing dgn lori di kiri kanan jalan. tapi tak lama selama 4 bulan saje. 

     Feb 2009 : Aku ulang alik dari Bangi ke Selayang setiap hari hingga kini 120 km pergi dan balik, dan perjalanan kali ini lebih mencabar dan penuh dgn dugaan. Pernah sekali dirimu dihentam oleh Saga Merah entah knp amarahnyaa kau dilanggar di bhgn hadapan tp alhamdulillah tiada kemek. Pernah juga kau di langgar lori besar mungkin ketika itu krn aku cuai terlelap sekejap tp syukur juga tiada kemek. Dan peristiwa yg paling tidak dapat dilupakan hampir mengalami accident hentam keta depan walaupun sudah dirimu membrek kecemasan hinggakan berbunyi tayar, tp alhamdulillah drimu dan aku masih dilindungiNya.

    Julai 2010 : Cik abg menyatakan hasratnya untuk menjual mu. krn membazir untuk pakai dua keta sekali gus, maklumlaa lagipun duduk di KL ni komitmen tinggi, sara hidup tinggi, semuanya tinggi laaa. Tp aku puas mempertahankan agar kau tidak dijual dgn alasan untuk aku pergi ke tempat keje. Takkan aku nak bawa keta MPV sebesar tu setiap hari dgn cc 2.0 yg lagi kuat menelan minyak. Kalaulaa Selayang tu dekat xper juga. Dan akhirnya cik abg beralah. dgn syarat semua maintenance aku tanggung. ok DEAL.

     April 2011 : Hati kecil ku berkata mampu ke aku nak tanggung kos sara hidup mu lagi VIOS?? Sdgkan aku juga mempunyai byk komitmen lain.. hmm sedihnyaaa nak melepaskan mu setelah hampir 5 tahun kau menabur jasa.
     Mei 2011 : Meninjau My Vi  sambil mata masih lagi memerhatikan Vios di luar. Sayu rasa hati ini. apa kah yg harus aku lakukan?? 

Note: Ada sesiapa berminat dgn my Vios?? huhu (dalam hati beratnye nak bertanya).

04 May 2011

EnDomeTriOsiS

       Aku pernah disahkan sakit 'endometreosis' (endo) ni pada November 2005 iaitu 5 bulan setelah aku berkahwin. Ketika itu perutku buncit dan keras seolah olah ada baby. Penyakit ni doktor kata susah untuk seseorang pengidap endo ni mendapatkan anak. Masa tu ya Allah tuhan je yg tahu apa yg aku rasa. Tp alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata. Namun kalau ikutkan yg history ku yg sbnr, aku mmg teruk sakit sengugut ketika anak dara lagi, dan kerap kali doktor cakap aku akan susah untuk dapat anak. Tp mak kata, dulu pun mak sama gak tp dapat jek 6 org anak (adik beradik aku laa tu).
     
         Setelah disahkan, aku terus dimasuk kan ke wad sakit puan di HB Melaka krn bimbang akan pecah dan melarat ke organ lain. Jadi setelah 3 hari duk wad tibalaa hari pembedahan ku. Seawal jam 6.30 pagi nurse dah dtg untuk beri baju pembedahan dan aku diberikan ubat. Setelah itu 'strectcher' ku di tolak dan yg mengiringi ku adalah suami. Sampai je bilik bedah aku di ajar mengucap dan terus aku tidak sedarkan diri. Aku dibedah secara 'laporoskopi' dan setelah hampir 5 jam pipi ku ditepuk dgn kuat untuk sedarkan aku dari bius, rupanya aku dibius seluruh badan. alhamdulillah selesai dgn baik, dan untuk tempoh penyembuhan doktor nasihatkan aku ambl suntikan 'Zoradex' untuk memberhentikan haid aku krn khuatir akan berulang semula. Tp aku hanya ambil sekali suntikan sahaja, dan untuk Ogos 2006 aku dibedah sekali lagi kali ini secara emergency masuk wad pg t.hari terus bedah.
           Di sini aku ada lampirkan sedikit info ttg endometriosis.

At IMpiAn MoRiB HoTel - BaNtiNG

28 April : Balik dari Melaka dgn Naquiah dan Syikin (adik ke 4&6). Dalam perjalanan singgah BaSkiN RoBin (hentian ayer keroh) masa tu hujan lebat..anak anak dah minta 3 biji belon dari B.R. Tup tup kak Hana tanya "Ibu kita nak gi tido hotelkan ibu?"... aku tgh makan ais krim terus tersedak. Alamak!! terlupa janji, "macam mana ek ayah?' En abg "haa abg tak tahu sape yg berjanji kene tunaikan..." ish ish idea jawapan plsss come to ibu.


29 April : Hasil perbincangan ibu dan ayah, serta adik adik yg ikut. Hotel pun terus di book di lokasi yg dekat dan ada tmpat menarik. Adake? Rasanya pantai jek.. 


30 April : Jam12 bertolak dari rumah ikut bangi lama melalui dengkil, salak tinggi, n sampai banting, menuju ke Impian Morib Hotel Banting. Kul 3 sampai.. apa lagi kak hana "yeah yeah besnyeee ibu tido hotel(sambil melompat lompat atas katil dgn adik raid)
               Malam keluar makan : refer kpd sahabat lama -Kamaliah Mokhtar-: ada kedai makan sedap. n kul 8 lebih keluar makan. Balik hotel terus tidokan anak anak.. hehe sbb ibu ayah nak gi berendam di dalam Kolam Renang... terima kasih kpd Cik lat (naquiah) yg jaga hana n raid.


1 Mei   : Check out kul 12 lebih terus ke rumah sahabat :Kamal: sbb dia jemput mkn tgh hari.. sedap tu makan sup ayam.. thx to Kamal. Pasni gi Nilai 3 mai laa singgah umah kite k..


*byk cut citer sebenar sbb ada keje yg kene ditunaikan.
note: Alhamdulillah dapat juga tunaikan janji kpd kak Hana. 
Moral of The story : Janji kene ditepati ;)


Kejar Belon


Raid yg tak nak balik


Kak Hana bersama aunty yg gedikss

Tak sabar nak main air

Ini ke rupanya belangkas??



MeNcArI kOnkLuSi -Doa Istikharah-


Hmm bagaimana agaknya nak mulakan coretan yg sbnrnya benar benar mengheret aku ke pada sakit migrain yg teruk... bak kata pepatah ditelan mati emak diluah mati bapak.
    Mcm mana untuk aku membuat satu keputusan yg amat payah yg akan melibatkan masa depan, sdgkan semua situasi mengarahkan aku 'melahirkan' satu surat untuk di ajukan kepada yg berkenaan. Tp surat itu nanti kelak akan memberi impak yg amat besar. Persoalannya adakah aku mampu menghadapi apa apa yg akan berlaku selepas ini???
     Aaaahhh sgt sukar untuk mencari satu konklusi.. jalan yg terbaik adalah solat Istikharah.. Ya Allah bimbinglaa aku dalam memilih jalan yg sukar untuk aku memutuskan nya, amin.



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...