18 December 2011

TerBaru Di BloG --> RESEPI..


Menu yg pertama untuk slot yg terbaru ini adalah... hidangan ala ala Kenny Rogers.. yg diberi nama Black Pepper Chicken with Vege.

Ok berikut bahan bahan yg diperlukan : 
1. ayam yg telah di marinate (kat jusco banyak... hehe ni yg segera k)
2. brokoli.
3. cendawan putih (jusco gak, cendawan ni tak perlu untuk buang kulit)

Caranya : 
   Bakar ayam dalam oven dgn menggunakan api atas dan bawah, selama 20 - 30 min (bergantung pada individu yg nak garingkan lagi ayam)..dgn suhu 180c tp sebelum tu kene panaskan oven dulu dalam 5-10 minit tau.
    Brokoli dan cendawan direbus menggunakan air rebusan kentang. (air rebusan kentang tidak perlu dibuang)

Bahan untuk coleslaw 
1. carrot                                      
2. kubis bulat, amikla suku jek.
  * ok kedua dua ni hendaklah di sagat kan (shredded). Lepas tu gaul dgn mayonis ladys choice, and tabur sikit serbuk lada hitam. Done!! So simple kan.
Bahan untuk Mashed Potato:
1. 4-5 biji kentang (terpulang nak buang kulit atau tidak)
2. 600 ml air
3. Hirisan 4 ulas bawang putih
4. Hirisan 1 biji bwg besar
5. Sedikit serbuk lada hitam
6. Stock ayam 3- 5 biji (bergantung pada kadar air) *kalau air sikit letak sikit jek takut masin lak...
7. 20 gTepung gandum
8. 1 sudu besar sos tiram
9. 20 g mentega.

Caranya : 
1. Rebus kentang terlebih dahulu (letak sedikit garam untuk ada rasa)
2. Siap rebus, lenyekkan gunalah apa sahaja bahan untuk melenyek asalkan hancur
3. Kalau kat KFC dia pakai macam skop ice cream kan, saya cuma guna tgn jek, lepas lenyek amik kentang tu dan kepal kepal kan degn tgn bentuk bulat. Dah siap ;)

Kuah Mashed Potato : >
1. masak air dgn stock ayam dan bahan hirisan td hingga mendidih.
2. (dalam periuk lain) Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, Kacau atas api kecik
3. Lepas tu tuang air rebusan tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau suapaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam tadi
DONE !!

Boleh disajikan untuk makan 3-4 org.. jimat dari makan Kenny Rogers.. kalau untuk 3 orang dalam RM 80 ke atas... hehe selamat mencuba.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...