Rahmati dan berkatilah usrati, serta payungkanlah di bawah keredhaan Mu, ya Allah, Amin.
23 December 2011
CeTUSaN DaRi HaTi
Hati...
mengilhamkan seribu satu madah, keinginan, dan jua rasa.
kerana hati begitu sukar untuk dimengertikan dengan luahan rasa,
sukar untuk diterjemahkan dengan isyarat,
sukar untuk diungkapkan dengan kata kata...
Namun dengan hatilah akan lahirnya sebuah perasaan kasih, sayang dan jua cinta..
Ianya begitu indah untuk di lakarkan menjadi sebuah lukisan,
begitu mempersona untuk diiramakan dalam bait bait lagu....
Kerna cinta itulah yang mampu untuk menjadikan hati ini
begitu setia dalam penantian
begitu tabah dalam mendengar segala tohmahan
begitu kebal mengharungi segala kecurigaan
Tapi, walau seteguh mana pun tugu cinta dalam hati
ianya tetap akan runtuh kerana hujan air mata
yang tidak mampu lagi menahan
perasaan sepi dan rindu
perasaan ingin tahu pada sebuah penantian yang tak pasti
perasaan cinta yang tidak mampu lagi untuk ditanggung....
Namun, ingatlah wahai hati. yang lara..
cinta itu akan datang dan pergi
walaupun hati mu begitu menginginkannya
walaupun hati mu akan terlalu terluka
hingga parahnya tiada parut yang kelihatan
Kembalilah kepada cinta Allah yg tidak pernah ada penghujungnya
Yg sentiasa mencintai hamba-hambaNya
Yg sentiasa bersedia untuk mendengar luahan darimu hati
Yg sentiasa akan memberi ketenangan pada mu hati.
Ya Allah suburkanlah cinta kepada Mu dan Kekasih Mu Muhammad
ke dalam HATI.
Labels:
Bakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod
0 comments:
Post a Comment