18 December 2011

CheeSe BakED MaCaRoNi

sebelum masuk oven
Ok menu ni rasanye semua org familiar dgn resepinye.. tapi takper la sharing is caring kan??

So ini adalah antara bahan bahan yg diperlukan :

1. Setengah paket macaroni (brand San Remo - tp terpulang nak pilih brand apa)
2. Mozarela /Cheddar Cheese (Shredded lagi senang, sllu aku cari kat kedai bahan buat kek mmg byk)
3. Daging Kisar
4. Spaghetti sauce
5. Tomato puree (terpulang nak letak atau tak)

Cara-caranya :
1. Rebus macaroni dalam 20 min, hingga kembanglaa senang kira, letak sikit olive oil masa rebus td.
2. Tumis daging kisar dgn hirisan halia (sebesar ibu jari), bawang putih, bawang besar. Tumis hingga daging tu bertukar warna kelabu.
3. Setelah sebati tumisan tu, letakkan sos spaghetti, gaulkan.
4. Sekiranya suka pedas, letak sikit hirisan cili padi.
5. Nak rasa masam masam manis tambahkan toamto puree dan gaulkan semua dengan sebati.

Setelah selesai semua, sediakan aluminium foil sebesar saiz loyang yg biasa buat kek. Mula mula tabur kan shredded cheese, pastu macaroni, lapis ketiga letak daging yg dah dimasak td, letak secara bergilir gilir, and atas sekali letas cheese again..
Masukkan dalam oven dan bakar suhu 160c 10-15 min.. (panaskan oven dulu tau dalam 5-10 min)

Sesuai di makan bersama keluarga dan tetamu yg melawat.. hehe

Selamat mencuba :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...