30 June 2011

JuSt cAn saY WowwWW!!!

Kira kira dalam 2 minggu lepas last tgk wayang dgn kak Hana citer Kungfu Panda 2 kat Alamanda (later update ye)... keluar la iklan Transformer 3...woww. kene tgk ni. It is Compulsary for me!! sbb yg 1 n 2 dah tgk so mana blh miss yg ketiga kan?... ok, so apalagi nanti kita set date dgn cik abg. Setelah puas dok menyemak my organiser (ceh wahh ada organiser tu.. kira diari laa cik non) maka telah disepakati oleh pasangan dating ni. iaitu pada 30 Jun adalah hari yg paling sesuai untuk memberi krtikan or kredit pd filem arahan Michael Bay ni (ceh siapala aku nak bg marks) Filem ni yg dikatakan antara yg dinanti nantikan laa untuk thn 2011. So atas nasihat aku yg mmg telah dilantik sec automatiknye sbg penasihat keluarga, cik abg pun melawat la www.gsc.com.my untuk memastikan lagi perjalanan kami berjalan dgn lancar hari tu. And at last dapat juga beli ticket online sbb booking online semua nya dah full, almaklumlaa nak tgk kat Mid Valey (m.v). Ntah apa laa yg buat full nya sdgkan hari bekerja tu. 
       Dalam jam 11pagi kite org dah sampai m.v.. fuhh igtkan antara yg terawal laa konon, yerlaa lagipun hari kira masih pagi, ditambah pula hari bekerja, tp semua angan angan kami meleset, parkingnya punyalaa merah jek.dari Zon C sampaila nak ke Zon H. And finally we can park our car at level 2 Zon H. So tak berlengah lagi terus menuju ke GSC sbb time nye makin hampir. Wayang start kul 11.30. cari parking dah nak setengah jam.
        Oklaaa sbnrnya aku nak citer pasal transformer, tp terlebih lak citer muqaddimahnya. At beginning, film ni tak berapa menarik laa bagi aku, sbb kalau u all nak tgk kene fahamkan betul betul sbb dia byk dari kesinambungan yg 1 n2 dan juga dialog nya sgt pantaslaa. So yg ke3 ni mula mulanya lebih kepada perjalanan hidup si Sam (hero), yg merupakan penganggur terhormat, terhormatnya sbb dapat anugerah dari Mr President, tp still tanam anggur walaupun dah byk interview yg dia attend. Permulaan actionnya adalah apabila mereka dapat mengesan makhluk asing kat Ukraine.. n masa tula keluar 'Anaconda' robot yg paling besar dari bawah tanah. Aku panggil anaconda sbb cara dia menyerang macam ular n suka membelit.. Ok straight to da point, babak yg paling woww aku rasa adalah masa bangunan kaca yg lebih kurang 80 tingkat mula nak tumbang, ditambah pula dgn 'anaconda' tu memeluk bangunan tu yg ketika itu si hero n da gang ada dalam tu.. haa masa tulaa aku tak henti henti woww woww and wowww, bukan aku sorang jek tau, aunty mat salleh sebelah laki aku pun lebih kurang mcm akulaa.. Sbbnya cara bangunan tu nak jatuh mmg real laa, nak nak bila dah dibedil and dibellit dgn 'anaconda' mmg woww habis laa mmg suspen habis laaa.. n  ending dialak kira cunla bila si Yellow Bee tu keluarkan cincin yg berbentuk spare part kereta untuk si Sam tu supaya masuk meminang gf dia.  So sweet si Bumblebee.
          Durasi dia mmg lama 2 jam 30 min, mmg tak puaslaa tgk action dia, tp yg tak bes nye, bagi aku pertukaran transport to robot sgt cepatlaa tak nampak cara dia bertukar..tup tup dah jadi robot. hehe sbbnye  lepas jek habis tgk wayang, aku dgn cik abg singgah la kat kedai toys yg kat pintu masuk nya dah dijual nye robot transformer.. Paling syok ada satu tu yg paling besar, n salesman tu ckp boleh tukar dari kereta kpd robot dan Yg pling cun si Yellow Bee.. harganya nak tau tak berapa RM249.. n wowww again. Tp dalam hati, tunggula ada rezeki sok dari Mr.F blhlaa aku beli. Nak beli Yellow Bee, Sentinel prime n Optimus prime. Hehe berangan dulu, angan angan mat Jenin. So kredit yg aku n cik abg bg 4* dari 5. And kalau u all nak tgk better book dulu, sbb mmg sold outlaa itu kalau u all nak tgk kat KL ni laa, Rasanya tmpat lain pun samala.. Ok selamat ber wowww dari aku.. ni kat bawah ni ada trailer for Transformer 3 Dark of the moon.



OPtimus Hero Autobots
Yellow Bee si sweet


29 June 2011

Bila TeRpeNgAruH DgN 'ANNISSA'

ANNISSA satu drama episod dalam slot samarinda setiap selasa - khamis jam 10.30 mlm... pelakon utama Rozita Che Wan, Fiza Halim, Aida Aris dan Farahdhiya dan kira hero dalam drama ni ialah Zamarul Hisham. Sebuah drama yg aku rasa lain dari yg lain jugaklaa.. secara ringkas sinopsisnya adalah mereka pelakon utama tu merupakan sahabat karib menubuhkan syarikat tekstil terbesar (Jakel nye ofic kat Shah Alam). Yg mana ceo nye lakonan si Fiza iaitu sbg anna. Banyaklah konflik dalam kisah sahabat rapat ni. Tp yg paling buat aku ber emo sikit adalah kisah rumah tanga si Anna tu yg berkahwin dgn Farid (zamarul hisyam). Die org dah lama kahwin tpi si anna ni tak leh mengandung.. so sllu la si anna ni syak yg laki dia akan duakan dia sbb kelemahan dia tu laa. Tup tup betul si Farid tu dah kahwin lain.. yg paling tak tahan kahwin dgn kawan baik isteri sendiri Balkis (Rozita), huhu baik punya cilok laa.. mmg kaki kelentong la suami mcm tu. Bak kata Allahyarham Tan Sri P.ramlee kene pandai temberang kalau beristeri dua...
     Yg buat aku jadi ter lebih lebih emo nya bila cik abg pun tgk jugak drama tu, n mcm dia pun dah naik syok lak tgk penipuan si Farid tu. Blh lak dia ter pk, ha esok nye episod agaknya apa lagi alasan si Farid tu. Eee jgn dijadikan model udahlaa yek.  Aku ni bila dah tgk mula la mengomen sorang sorang "Eeee laki penipu, blh jek cipta seribu satu mcm alasan nak cover line dah kahwin satu lagi". "Yg si Balkis pun tak rasa bersalah ker, blh buat muka selamber jek dah amik laki kawan baik sendiri." 
      Hehe kdg kdg tergelak jugak, sbb pnh jugak aku dgr radio HOt Fm slot pagi tu citer pasal cover line ni. Ada yg dah sampai 11 thn bermadu masih lagi tak pecah tembelang. Dok terpk mcm mana laa dia bahagikan masa, tak tido ke umah bini no 2. isteri no 1 takkan tak perasan sikap suami dah berubah n mcm mcm laa terlintas dalam kepala aku.. Tp tula realiti kehidupan kan, sdgkan bende nya halal tp mcm takut jek nak lakukan benda yg dah terang terang halal..kene sembunyi n kene jd penipu lak kan? Eee mmglaa halal tp nak menanggungnya uii bukan senang. Apa pun sekadar nak berkongsi. Ni kat bawah ni antara sedutan penipuan si Farid pada anna.

23 June 2011

Kene admit Pusrawi Kajang.

Jumaat 17.6 : Ke ofic seperti biasa. Ada perhimpunan staf hari ni, tp tak dapat masuk. So, bermula kerja aku untuk memulakan persediaan kelas petang ni. Kelas Pendidikan awal kanak kanak dalam mengenali Islam... Setakat ni dalam senarai adalah dalam 15 orang peserta. So kelam kabut laa juga, bila preparation yg dah di buat selama ni, semuanya hilang sekelip mata sbb nya kene jangkitan hapa ntah, so semua yg disimpan lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak. ish betul betul menyusahkan org, nak cover balik kelas untuk 20 jam bukannya senang... mcm mana ni sempat ke tak?? Hmm pagi cuma makan kuih, tgh hari mmg tak sempat nak makan, so lpas solat Jumaat setelkan laa urusan peribadi. Tp still tak sempat nak amik lunch.. peserta dah sampai. Kelas start kul 3 sampai 4.30 jek. sbb aku dah tak larat nak teruskan, bdn dah menggigil..lapar.
      So lepas kelas, igt nak laa makan nasi yg kawan dah belikan pagi tadi, nasi kerabu. Buka buka jek, hmm semerbak bau basinya memenuhi ruang ofic.. hua hua tak blh makan.. sedihnyaa rasa, dahlaa lama gila tak makan nasik kerabu, tup tup time nak makan basi pulak. So bak kata org tua nak hilangkan kempunan jamahla sikit lauk ayam gorengnya, aym gorengnya tak basi. aku cubitla sikit, rasa. Then terus aku bungkus balik nasi tu dan terpaksala menjadi org yg membazir hari tu.
      Mlm ni berdua jek dgn cik abg, sbb anak anak kat Melaka. mak papa terpaksa amik hari Rabu mlm lepas sbb bb sitter terpaksa balik kg, ayah dia meninggal dunia. So bila dah berdua jek. apa lagi aku dgn cik abg pun plan la mcm mcm, hehe plan kite org gi tido hotel. Alaa hotel bajet jek kat bandar baru bangi..saje nak ubah angin. Tp msalhnya perut ni dah mula memulas dari maghrib td.knp ek? Tgh mlm start dari kul 1 pg, aku dah mula cek in, bukan ke hotel. hotel dah cek in dari mlm td, ni cek in ke toilet, nasib baik toilet dalam bilik hotel ni jenis yg ada class. Sampai jam 6 pg ulang alik ke toilet..
      Sabtu mak papa dtg, hantar my kids.. tgh hari papa ajak ke Penjara Kajang, ada kenduri kahwin. Alhamdulillah sdp jugak lauknya.Gulai tempoyak, ikan masin masak lemak cili api, rendang tok, semua masakan negeri laa. Mmg bes. Tp lepas asar, tibe bdn jadi terlalu lemah.. sampai la ke maghrib. Lepas isyak mula balik ulang alik ke toilet.. huhu tak tahan letih nye bdn kaki, berlarutan sampai pagi ahad. Selera mkn mmg dah out laa. Ahad tu langsung tak makan, lepak baring jek, anak anak suami yg uruskan. Thx to cik abg. kes ulang alik ke toilet berlarutan samapi pagi Isnin. Ckp dgn cik abg, dah taklartlaa. so cik abg bawala ke az zahra. Bdn mmg dah lemah sgt lembik. Terus masuk air dua botol, cek bp down giler sampai 77 / 46.. doc suruh admit ward, tp az zahra penuh so di transfer la ke Pusrawi Kajang..so Isnin ptg cek in ward pulak.. Ni la first time kene keracunan makanan.. lembik badan. Turun 3kg. Itu kelebihannya :)

amik gambar dari atas katil.. tu yg xbaper nk clear
Add caption

12 June 2011

Bukan cacar tapi jangkitan kuman

Hmm... sian anak ibu. Raid rusyaidi, bawah mulut dia merah merah bengkak pecah pecah dan macam berair. Pegi Klinik kesihatan katanya cacar air. Tp bila di lihat betul betul bukan tanda cacar, so bawala ke klinik Pakar Kanak Kanak. Doc tgk terus kata bukan cacar ni. Virus infection.. hmm bila doc check dalam mulut ada ulser lak, n gusi dia atas bawah bengkak bengkak so doc bg ubt yg mcm 'Ibonjela' utk disapu. 
    Balik dari klinik meragamnya la hai, sampai kdg kdg ibu rasa ...bersabarlah... bila di sapu ubat 'bonjela' tu after 5min terus nampak gusi atas bawah berdarah.. hmm tak sanggup ibu tgk raid. Ubat yg nak diletak bawah mulut nye pulak racun, so doc pesan plss letak veri veri lite, so ibu pun sapu dgn penuh berhati hati.. nampak susut sikit badan anak ibu.. sbb tak makan, nak makan sakit kan mulutnya.. 
    Ya Allah sembuhkanlaa anak ibu, Muhd Raid Rusyaidi... amin.

09 June 2011

Raid kene chicken pox (betul ke eja??)

Pagi tadi mak kol dari Melaka, brth yg raid semalam satu malam tak tido menangis jek.. esok pg tgk bwh mulut dah ada biji bijik merah mcm bernanah.. Sebenarnya Raid start demam hari Sabtu hari tu. Sampailaa hari Isnin, demam dia on off, kdg kdg sampai panas sgt. bawa ke klinik doc kata musim. So hari ni demam dah hari yg ke 6. Aku pun mula laa tak duk diam risau yg amat, sbbnya anak anak bukan depan mata.
     So td mak n papa bawa adik Raid ke klinik kesihatan Durian Tunggal, doc sahkan bukan denggi.. alhamdulillah lega hati ibu, rupa rupanya demam cacar air... alahai ciannya anak ibu... kecik kecik dah kene.
(kak hana dah selamat, kene waktu ibu sdg melahirkan adik Raid, maklang yg jaga dia)


So... update nanti tunggu anak anak depan mata Insya Allah esok balik..
Rindunyaa dgn celoteh kak hana dan gelagat adik raid.

01 June 2011

Ibu Kak HaNa nAk Baby Laaa.. (part 2)

Hmm sambungan dari part 1, apabila kak Hana minta baby baru.. Kali ni kisah adik Raid lak.
      
         Julai 2009 hari Rabu, aku puasa ganti. Tp puasa ganti aku kali ni, lain mcm lak. Sakit kepala yg amat sgt. Aku mmg dah disahkan doc mengidap migrain (sbnrnya dari zaman sekolah lagi), tp kali ni migrain aku sgt teruk hinggakan aku tak mampu utk angkat kepala. Dah 3 hari berturut turut telan pain killer, acti fast still sama sakit tak berkurang. So hari Sabtu cik abg ajak ke Hospital An Nur Bangi utk check knp teruk sgt sakit kpla. Doc terus kata nak inject aku pain killer yg lagi kuat utk redakan kesaiktan aku, waktu tu tetiba jek cik abg halang, dia suruh aku wat UPT (urine pregnancy test), aku ckp "knp lak nak kene wat UPT bukannya efa mengandung?"  Sbb aku tak lewat pun tarikh period, tp doc ckp buatlaa untuk puaskan hati suami awak. So aku pun dgn berat hati buat, dan keputusannya... sungguh tak disangka sangka, doc :"Nasib baik sy tak inject awak td puan, awak mmg mengandung, syukurla kita dgr cakap suami awak suruh buat test."  Haaa??? aku yg tgh sakit kepala teruk ni yg dah seminggu tak baik baik terus tercengang!! n Hilang terus sakit kepala... pelik kan??
       So aku pun balik laa dgn cik abg dan kak Hana dgn rasa yg masih tidak percaya, waktu tu kak Hana dah 2 tahun 9 bulan. Cik abg tersenyum senyum jek, hepi.. Kak Hana pun dah tau yg dalam perut ibu ada baby, so since hari tu kak Hana asyik cium perut ibu. So due aku kali ini adalah 25.02.2010. Dan yg peliknya kali ni, masuk bulan ke empat pregnant buat routine check up, doc dah sahkan anak aku kali ni adalah lelaki, naik hairan aku dibuatnya, baru 4 bulan dah nampak ke. Tp dalam hati dah tersengih syukur, cuma aku masih berpegang kuat, jgn terlalu mengharap nanti kecewa. Jadi aku pun tak hebohkan pada sesiapa, hinggala pada usia kandungan dah 9 bulan doc scan lagi n kata "Haa nak tgk anak awak ni, tak malu ha terkangkang nampak buah dia."  So sahlaa anak aku yg kedua ni adalah lelaki.. Alhamdulillahh comfirm.
        
      24.02.2010 aku di masukkan ke wad Hosp Serdang, kali ni aku tak blh lagi lewat lewatkan bersalin mcm kak Hana (lewat dari due asal) sbb aku ada kencing manis (mujurla lepas bersalin terus hilang). 25.02 aku diindius untuk kali yg pertama, krn doc sedar yg kali ni pun aku akan lambat bersalin sbb bila doc seluk pintu rahim aku jauh lagi seolah olah lagi sebulan nak bersalin, Hmm seksanya mengandung ni bukan sakit nak bersalin, tp sakit sbb asyik kene seluk. Hari ke2 indius lagi sbb tak buka langsung jalan n aku langsung takde rasa sakit. Mak aku pun heran, org lain dah indius sekali jek dah sakit bagai nak rak nak bersalin, aku lak leh rilex lagik.. Kali ni baru buka 1cm. Dalam masa tu aku tak putus putus doa, ya Allah kali ni biarlaa aku bersalin secara normal. Hari ke 3 indius sekali lagi iaitu pada 27.02 n keesokkannya sama saja masih 1cm. Haaa tensionnyeee aku.. rasa tertekan sgt. So doc pun decide esok ahad awak akan dibedah, krn dah lewat 3 hari (dalam hati aku ckp, alaa doc baru 3 hari anak sy dulu lagi lambat) tp doc terus kata kali ni tak leh tangguh sbb awak ada kencing manis.... Hmm  patutlaa.
        So esok pagi selepas sarapan aku kene puasa sbb nak di operate jam 2 ptg. Masuk jam 2, tak de jugak, kata nurse doc ada emergency, sbb hari ni hari ahad. huhu sampailaa jam 5 ptg barulaa aku di tolak ke labour room, n spt biasa jugak air ketuban aku dipecahkan secara paksa.. sakitnyee. Jam 6 ptg ditolak masuk ke bilik pembedahan, aku dah hampir  'Hipo' sbb tak makan dari pg, Kali ni sgt berbeza dari yg sulung, sakitnya bila dibius ya Allah tak terkata sbb dua kali mereka nak tebuk lubang di bhgn tulang belakang tak masuk, kemudian kali ke 3 baru masuk..  proses diteruskan. dalam jam 6.10 ptg anak aku selamat dikeluarkan, kuat suara dia menangis, almaklumlaaa lelaki. So skrg proses utk menjahit semula perut aku, waktu tu aku dah semakin lemah, dan tak berdaya utk berkata apa pun, (kalau masa kak Hana, siap berborak dgn Pakar bius yg duk kat kepala aku). 
        Tibe tibe keadaan jadi kelam kabut, aku yg separuh sedar tu hanya mampu melihat dgn mata yg hampir tertutup. Aku dapat lihat doc yg tgn dia penuh dgn darah kelam kabut ke sana ke mari n sambil pembantu doc tu pun tlg pegangkan telefon utk bg doc cakap(dlm bilik bedah pun ada telefon tau).. waktu tu aku makin lama dah tak sedar (sedangkan bius separuh jek).dan terus tidak sedarkan diri. Rupa rupanya aku mengalami pendarahan yg serius.( sbb kali ni pregnant pun fibroid still ada sblh baby dalam rahim). Jam 10 mlm aku dikejutkan oleh nurse, di luar bilik bedah. Waktu tu tiba tiba aku dapat rasa yg jejari kaki aku blh bergerak. Eh knp lak ni, sbb masa aku bersalinkan kak Hana pagi Jumaat, n esok pagi Sabtu baru kaki aku blh bergerak sbb bius dah hilang. Tp skrg ni, Adakah bius dah hilang?? Selang 10 min, tiba tiba aku rasa sakit yg amat kat bahagian perut. Jujur aku katakan kali ni, aku langusng tak terigtkan anak. Mungkin krn kesakitan yg amat sgt.. Nurse inject ubt  tahan sakit.. 5 min jek bertahan, dan sakit semula.. ya Allah sakitnya tak terkata.
       Jam 11 aku ditolak ke wad, aku minta 1st class satu katil utk suami aku jaga (waktu ni kak Hana dah ditransfer ke Melaka, sian kak Hana kene cacar, ibu tak jaga pun) Dalam perjalanan ke wad, aku asyik tanya nurse, "Knp sy sakit sgt ni nurse?".  Sampai kat wad, suami belum sampai lagi, aku masih belum lagi teringin utk lihat anak aku. Sbb sakitnya tak tertahan, hinggalah hampir setiap 10 min aku menekan butang kecemasan, at last doc terus inject morfin utk kurangkan sakit aku, doc ckp" awak mmg akan sakit sbb kami telah letak ubt utk paksa rahim awak kecut krn td di bilik bedah awak tlh mengalami pendarahan yg serius. Sbb tu bius awak dah hilang.." Masuk morfin pun still sakit tak de kesan langsung.   Ya Allah kalau aku tak kuat mlm tu, seriusly, aku hampir meroyan krn sakit yg amat sgt.. 
       Esoknye, aku dah terlalu lemah, krn satu hari aku tak makan (sarapan pagi smlm jek) dan krn menahan sakit yg amat. Tibe time doc check up, doc pesan "kali ni awak bersalin kali kedua sgt berisiko, jd saya nasihatkan utk kali ketiga beri laa ruang hingga 5 thn. dan risiko tetap ada cuma ianya mampu kurangkan risiko yg lebih tinggi, dan yg ke3 awak akan di operate juga dan terus ikat, maknanya last awak pregnant adalah yg ke 3.Dan utk pengetahuan awak, fibroid awak still kat dalam rahim awak, kami tak mampu utk buat apa, kalau kami buang semalam, akan jd lebih kritikal" Aku hanya termenung, dan tak mampu utk berkata apa. Aku masih lagi dalam keadaan trauma...dan yg pasti masuk hari ke2 baru aku ada rasa utk melihat anak yg baru dilahirkan. Org kata, kalau kita tak kuat dan tiada sokongan suami, mungkin aku dah meroyan, Na'uzubillah....

* Alhamdulillah kini Muhd Raid Rusyaidi sudah 1thn 2bulan. Tp ibu masih lagi trauma syg.. jadi utk ibu tunaikan permintaan kak Hana, rasanya belum mampu lagi sekarang. Dan ibu hanya mampu utk beri 2 org adik saje pada kak Hana, krn ibu tak mampu utk tunaikan impian kak Hana yg suka adik ramai. Maafkan ibu... 


Raid di usia 2 hari
Dalam sesi berpantang


Hero ibu, yg sekarang sgt suka menyakat kak Hana ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...