11 March 2012

PerkembaNgaN KaK HaNa - SeJAk jD Little Caliphs :)

Pejam celik pejam celik, jap jek dah bulan yg 3 dalam 2012... itu maknanya dah 3 bulan juga laa kak hana bersekolah di Little Caliphs @ GMI Bangi. Hmm alhamdulillah dari mula mula masuk sekolah hingga sekarang dah banyak perkembangan kak Hana yg ibu dan ayah perasan. Dan untuk itu rasa bersyukur sgt atas keizinan dari Allah yg telah membuatkan pilihan ibu itu adalah satu pilihan yg tepat untuk anak ibu.
   Kalau nak ikut dari cerita sebenar rentetan peristiwa untuk memilih sekolah kak Hana mmg byk duka dari suka, tp mungkin untuk kita mendapat sesuatu yg manis itula kita kene melalui susah dulu. Mmg benar pepatah melayu bersusah dahulu bersenang kemudian...
   Perkembangan yg dimaksudkan kak Hana, adalah dari segi pembelajaran ilmu dia. Untuk mereka yg baru nak kenal Little Caliphs, sbnrnya tadika ini mengambil satu motto yg mmg bertepatan dgn hadis dari Nabi s.a.w, iaitu 'benefiting from both worlds'... yelah hadis Nabi pun pernah bersabda yg bermaksud " Kalau kamu ingin kan dunia kene ada ilmu, dan jika inginkan akhirat kene ada ilmu, dan jika ingin kedua nya juga kene ada ilmu" (lebih kurg begitula maksdunya). So itulah yg diterapkan dalam pembelajaran Little Caliphs. iaitu Islamic English Education. Sgt memberi kesan kepada jiwa kanak kanak yg semamangnya mudah untuk mengingati dan menerima.
   Kak Hana, alhamdulillah bacaan bacaan dalam solat kesemuanya sudah dihafal dengan lancar, especially alfatihah sgt suka di baca bila dia bermain, membaca, dalam kereta and apa saje yg dia buat, xlepas dari mulutnya. Selain itu juga, iqamat dan doa doa harian telah diingat makna dari english dan juga melayu. Yg paling ibu rasa suka, sbb kak Hana dah pandai mengucap dua kalimah Syahadah... syukur alhamdulillah. Alhamduillah...
   Impian ibu dan ayah agar kak Hana dan adik Raid menjadi anak yg soleh dan solehah serta berani untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini... dan yang paling penting dapat mendoakan ibu dan ayah sekiranya tiada lagi di dunia ini, amin...
Kak Hana ketika berusia 3thn... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...