18 February 2012

Rasa PeDih, TerLUkA daN TeRKilAn


Kita dah hampir ke penghujung Februari 2012... walaupun baru je 2 bulan tp pelbagai peristiwa telah pun berlaku dalam hidup aku.. secara jujurnya permulaan 2012 bermula dgn seribu satu rasa yg bercampur baur, namun yg pasti rasa sedih melebihi rasa yg lebih positif. KENAPA?? entah aku sendiri tiada jawapan yg pasti untuk itu..
    Cuma untuk entry kali ini, adalah perasaan sedih ku yg ntah ke berapa kali untuk permulaan thn ini. 'Konvesyen Fiqh Ummah 2012'.Adalah satu madah ilmu yg aku rasakan begitu hebat bertepatan dgnmasalah fiqh kontemporari yg berlaku pada masa kini. Iklan ttg konveseyen ni telah keluar sejak dari November 2011 (kalau xsilap aku laa).. ianya sedang pun berlangsung.. hari ini adalah hari yg terakhir (18 - 19 Feb 2012). Sejak mendapat iklan ttg konvesyen ini,aku telah cuba untuk mendaftarkan diri, dan telah berusaha bersungguh sungguh untuk mendapat kan kelulusan dari pihak ofic untuk pergi atas tiket kerje. tarikh tutup adalah pada 15 Januari.. namun pelbagai rintangan terpaksa aku tempuh untuk berjumpa dgn org yg sewajarnya menguruskan urusan seminar. Setelah dapat berjumpa, tempoh yg terlalu lama pula perlu diambil untuk mendapat kelulusan dari org atasan. Hinggalah ke tarikh tutup... masih belum mendapat kelulusan. Jadi aku pun dgn rasa kecewa, menghantar email kepada pengurusan iluvislam.com untuk menempah tempat walaupun telah keluar ayat penyata bahawa pendaftaran telah pun penuh... tp dgn harapan yg penuh tinggi moga akan ada org yg menarik diri pada saat saat akhir.
      Setelah seminggu tarikh tutup pendaftaran... barula pihak pengurusan memaklumkan bahawa permintaan aku telah diluluskan.. namun aku hanya mampu menjawab, tak mengapalah sudah penuh (dgn nada yg sgt sgt kecewa).. Masa berlalu hingga ku terlupa akan K-Fiqh ini. Namun kelmarin pada 17 Feb (Jumaat), aku mendapat panggilan dari pihak pengurusan iluvislam.com bahawa email aku telah dipilih untuk pergi ke K-Fiqh.... Ya Allah.. Alhamdulillah syukur yg tak terkata... Tetapi aku bukan pergi sebagai peserta, tetapi sbg AJK di PWTC dan kemasukan adalah PERCUMA!!!
    Berita yg paling menggembirakan aku, aku blh bawa cik abg sekali untuk menyertai dgn secara percuma juga. Hmm dalam hati tak sabar nye nak brth... Tiba masa waktu dan saatnya, saat mengambil cik abg dari komuter Bangi, aku terus menceritakan ttg berita gembira itu.. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Jika kita menginginkan sesuatu, walau dgn cara apa sekalipun kita cuba kalau bukan rezeki kita, mmg kita tak akan dapat mencapainya.. sekali lagi rasa terluka dan sedih nya tak terkata dan tak mampu menahan sebak di hati hingga mengalir air mata..
     Kelukaan timbul bukan kerana keputusan dari cik abg yg mengatakan tak boleh pergi, tapi kerana sebab yg menyebabkan kami tak mampu untuk pergi walau telah diberi kemasukan secara percuma...
Namun, bila di fikir lama lama, aku redha dan pasrah atas ketentuan Mu ya Allah, mungkin bukan rezeki ku untuk menimba ilmu di K-Fiqh, mungkin akan ada peluang yg lebih baik di masa akan datang. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...