11 March 2012

PerkembaNgaN KaK HaNa - SeJAk jD Little Caliphs :)

Pejam celik pejam celik, jap jek dah bulan yg 3 dalam 2012... itu maknanya dah 3 bulan juga laa kak hana bersekolah di Little Caliphs @ GMI Bangi. Hmm alhamdulillah dari mula mula masuk sekolah hingga sekarang dah banyak perkembangan kak Hana yg ibu dan ayah perasan. Dan untuk itu rasa bersyukur sgt atas keizinan dari Allah yg telah membuatkan pilihan ibu itu adalah satu pilihan yg tepat untuk anak ibu.
   Kalau nak ikut dari cerita sebenar rentetan peristiwa untuk memilih sekolah kak Hana mmg byk duka dari suka, tp mungkin untuk kita mendapat sesuatu yg manis itula kita kene melalui susah dulu. Mmg benar pepatah melayu bersusah dahulu bersenang kemudian...
   Perkembangan yg dimaksudkan kak Hana, adalah dari segi pembelajaran ilmu dia. Untuk mereka yg baru nak kenal Little Caliphs, sbnrnya tadika ini mengambil satu motto yg mmg bertepatan dgn hadis dari Nabi s.a.w, iaitu 'benefiting from both worlds'... yelah hadis Nabi pun pernah bersabda yg bermaksud " Kalau kamu ingin kan dunia kene ada ilmu, dan jika inginkan akhirat kene ada ilmu, dan jika ingin kedua nya juga kene ada ilmu" (lebih kurg begitula maksdunya). So itulah yg diterapkan dalam pembelajaran Little Caliphs. iaitu Islamic English Education. Sgt memberi kesan kepada jiwa kanak kanak yg semamangnya mudah untuk mengingati dan menerima.
   Kak Hana, alhamdulillah bacaan bacaan dalam solat kesemuanya sudah dihafal dengan lancar, especially alfatihah sgt suka di baca bila dia bermain, membaca, dalam kereta and apa saje yg dia buat, xlepas dari mulutnya. Selain itu juga, iqamat dan doa doa harian telah diingat makna dari english dan juga melayu. Yg paling ibu rasa suka, sbb kak Hana dah pandai mengucap dua kalimah Syahadah... syukur alhamdulillah. Alhamduillah...
   Impian ibu dan ayah agar kak Hana dan adik Raid menjadi anak yg soleh dan solehah serta berani untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini... dan yang paling penting dapat mendoakan ibu dan ayah sekiranya tiada lagi di dunia ini, amin...
Kak Hana ketika berusia 3thn... 

18 February 2012

Rasa PeDih, TerLUkA daN TeRKilAn


Kita dah hampir ke penghujung Februari 2012... walaupun baru je 2 bulan tp pelbagai peristiwa telah pun berlaku dalam hidup aku.. secara jujurnya permulaan 2012 bermula dgn seribu satu rasa yg bercampur baur, namun yg pasti rasa sedih melebihi rasa yg lebih positif. KENAPA?? entah aku sendiri tiada jawapan yg pasti untuk itu..
    Cuma untuk entry kali ini, adalah perasaan sedih ku yg ntah ke berapa kali untuk permulaan thn ini. 'Konvesyen Fiqh Ummah 2012'.Adalah satu madah ilmu yg aku rasakan begitu hebat bertepatan dgnmasalah fiqh kontemporari yg berlaku pada masa kini. Iklan ttg konveseyen ni telah keluar sejak dari November 2011 (kalau xsilap aku laa).. ianya sedang pun berlangsung.. hari ini adalah hari yg terakhir (18 - 19 Feb 2012). Sejak mendapat iklan ttg konvesyen ini,aku telah cuba untuk mendaftarkan diri, dan telah berusaha bersungguh sungguh untuk mendapat kan kelulusan dari pihak ofic untuk pergi atas tiket kerje. tarikh tutup adalah pada 15 Januari.. namun pelbagai rintangan terpaksa aku tempuh untuk berjumpa dgn org yg sewajarnya menguruskan urusan seminar. Setelah dapat berjumpa, tempoh yg terlalu lama pula perlu diambil untuk mendapat kelulusan dari org atasan. Hinggalah ke tarikh tutup... masih belum mendapat kelulusan. Jadi aku pun dgn rasa kecewa, menghantar email kepada pengurusan iluvislam.com untuk menempah tempat walaupun telah keluar ayat penyata bahawa pendaftaran telah pun penuh... tp dgn harapan yg penuh tinggi moga akan ada org yg menarik diri pada saat saat akhir.
      Setelah seminggu tarikh tutup pendaftaran... barula pihak pengurusan memaklumkan bahawa permintaan aku telah diluluskan.. namun aku hanya mampu menjawab, tak mengapalah sudah penuh (dgn nada yg sgt sgt kecewa).. Masa berlalu hingga ku terlupa akan K-Fiqh ini. Namun kelmarin pada 17 Feb (Jumaat), aku mendapat panggilan dari pihak pengurusan iluvislam.com bahawa email aku telah dipilih untuk pergi ke K-Fiqh.... Ya Allah.. Alhamdulillah syukur yg tak terkata... Tetapi aku bukan pergi sebagai peserta, tetapi sbg AJK di PWTC dan kemasukan adalah PERCUMA!!!
    Berita yg paling menggembirakan aku, aku blh bawa cik abg sekali untuk menyertai dgn secara percuma juga. Hmm dalam hati tak sabar nye nak brth... Tiba masa waktu dan saatnya, saat mengambil cik abg dari komuter Bangi, aku terus menceritakan ttg berita gembira itu.. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Jika kita menginginkan sesuatu, walau dgn cara apa sekalipun kita cuba kalau bukan rezeki kita, mmg kita tak akan dapat mencapainya.. sekali lagi rasa terluka dan sedih nya tak terkata dan tak mampu menahan sebak di hati hingga mengalir air mata..
     Kelukaan timbul bukan kerana keputusan dari cik abg yg mengatakan tak boleh pergi, tapi kerana sebab yg menyebabkan kami tak mampu untuk pergi walau telah diberi kemasukan secara percuma...
Namun, bila di fikir lama lama, aku redha dan pasrah atas ketentuan Mu ya Allah, mungkin bukan rezeki ku untuk menimba ilmu di K-Fiqh, mungkin akan ada peluang yg lebih baik di masa akan datang. Amin.

24 January 2012

2012 : serba sangat sibuk

Hai kawan kawan semua.. lama jugak kan tak update blog ni.. slllu gak buka blog nak update sudahnye.. hilang terus idea.
  Ok mula dgn citer awal tahun baru.. sgt sgt bz sbb sibuk dgn training sana sini. Yg paling bz kene siapkan jurnal 6pages, dan jugak microteaching presentation. Fuhh terlentok laa jugak sbb mana laa nak cekau idea wat jurnal setelah sekian lama tak menulis. Hmm tp sebenarnya satu pengalaman yg menarik jugak sbb masa training laa baru dapat jumpa ramai TTO (lecturer) dari jabatan lain, yg bukan sama jabatan dgn aku. So dapatlaa jugak berkenal kenalan.Sbb ramai kat sini semua engineer. Ok just untuk informasi kat German Malaysian Institute ni ada 3 department jek. xlaa sebanyak universiti. Tp paling ramai staff and student di IE department (Industrial electronics) laa sbb course nya paling menarik kot. hehe ntah aku pun tak tahu. And department yg lagi satu PT (production Technology).. dan aku lak dalam RDC hehe panjang sgt lak nak bg full name.
    Jurnal aku patutnya kene hantar sebelum hari sabtu 14 Jan. meaning waktu terakhir 11.59 13 Jan. Tp disebabkan kesihatan aku tak berapa mengizinkan (ada update status kat FB) jadi nya pagi Sabtu baru laa aku mula menaip page yg pertama. huhu teruknya laa hai. Dan dalam lebih kurang jam 3 ptg baru aku emailkan kepada moderator program. And alhamdulillah Kak Nab (the meoderator) terima walaupun aku tahu takkan dapat full marks sb lewat kot. Hehe tp yg paling xsangka dalam start last minute tu blhlak hantar sampai 8 pages.. tetiba lak kan dah start menulis laju jek idea ni keluar. Alhamdulillah.
Inilah dia tempat ku mencari rezeki

sweet moments @ little caliphs

Tanggal 5 jan, kak hana pertama kali melangkah kan kaki ke sekolah...
pada hari pertama banyak pulak dugaan yg ibu hadapi. Waktu ni sebenarnya ibu masih dalam pedagogy training, tp ibu tiada masalah untuk hantar kak hana and stay sekejap di sekolah untuk tgk keadaan kak hana. sebab sekolah kak hana kat dalam kawasan ofic ibu jugak... cuma pagi ni lepas hantar kak hana ibu terpaksa ke ofic ibu untuk apply emergency leave, sbb adik raid dah makin lemah.
       Semalam adik raid cirit birit dan muntah muntah, pada mulanya ibu pk sekadar salah makan kot, tp bila berterusan dan raid taknak makan dan xnak minum apa apa, ibu jadi semakin risau. Jadi pagi tu ibu juga paksa ayah untuk amik e.l... yg sebenornye dari hari selasa (2 jan), dah suruh ayah amik el tp xblh sbb keje terlalu byk nak kejar deadline. so pagi tu ibu dan ayah bawa la adik raid ke Annur Bangi. fuhh lama gile menunggu.
     Sebenarnya Raid dah mula berak berak dari hari ahad masa cuti new year, tp masa tu ibu tak pk apa pun, tp bila dah sampai muntah muntah ibu rasa ada something yg tak kene. Petang sabtu tu baru dia ada feel nak mkn biskut n lainlain. sbb sblm ni raid mmg terkenal dgn sikapnye yg suka makan. bgn jek tido dah ke dapur carik tin biskut, pantang nampak makanan mmg dia laa no satu yg akan datang.  Kesan dari sakit tu raid turun 2kg..sian anak ibu.
1st day yg dah mula feel sedih sob sob
Seronok dapat trolley bag
Inilah sekolah kak Hana berdepan dgn ofic ibu ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...