31 July 2011

SeKiTaR FlORiA 2011

Tiba hujung minggu, soalan pertama yg akan keluar, "Hujung minggu ni ada plan tak?? So seperti biasa jika belum ada plan, jawapannya.. x kemana mana pun, sbb Ahad ni cik abg keje, kene gi Swiss Garden Hotel ada course.. satu hari suntuk tu..
     Tibe tibe hari Sabtu ptg terpk lak mlm ni gi tgk pesta bunga nak... dgr citer ada bunga api.. so cik abg kata blh jek, lepas maghrib, abg balik surau siap siap kita terus gi. Dalam jam 7.45 kite org pun bertolak laa ke Putrajaya. Hmmm sampai kat depan Istana Kehakiman, jalan punya laa sesak, dah nak dekat sejam cari parking tak jumpa jumpa, sbb terlalu full. Sampai kak Hana cakap, "Ayah cepatla berhenti kereta lambatnyaa.." Hehe sebabnya dia pun dah bosan menunggu. Finally atas 'nasihat' aku, cik abg pun parking kat atas divider sebelah traffic lite simpang Masjid Besi, ;), sbb tgk ramai jek yg dah melanggar peraturan. So apalagi kita rebutlaa peluang yg ada.
    Ok sampai jek kat pesta bunga tu mmg meriah, byk sgt booth khemah yg ada, tp tempat yg aku masuk ni mula mula takde la nampak bunga sangat pun, tibe kat hujung jalan, tibe tibe semua org berhenti jalan, sebab mata khusyuk duk menonton persembahan bunga api free, lama laa gak dalam 10 min. Hehe aku dgn cik abg tersenyum, sbb on the rite place m on the rite time.. tp kak hana n adik raid duk merengek sbb takut dengar bunyi doom doom bunga api tu...
       So kat bawah ni antara pic yg sempat di upload kan... pic terlalu banyak tp nanti berat lak blog aku ni hehe ;).. so insya Allah next year blh pegi lagi. See u soon Floria..
Bunga yg menarik perhatian kak hana

baju kak Hana yg dah ikut tema 'flower girl'
Kak hana yg paling hepi malam tu
antara landskap dari negeri Johor

14 July 2011

Kuiz untuk Ibu ibu...

Ingin memenangi wang tunai dan diapers untuk anak anak?? Jom jawab 3 soalan saje..
http://says.my/zaliefa82/petpet
What is the best choice you've made for your child? profile image

13 July 2011

MaRi meNaMpaL diNDinG

Bila ruang menonton dah dipindahkan ke tingkat atas.. maka semua barang anak anak yg selama ni di bilik bawah juga turut dipindahkan ke bilik atas, termasuklaa dari almari pakaian, pampers, dan segala mainan mereka juga diangkut naik sekali. Jika tak selama ni ruang mainan mereka diletakkan di ruang kecil sebelah ruang tamu.. and bila anak anak tgh bersuka ria mmg ruang tu mengalahkan taska, takde tempat nak pijak, penuh dgn mainan mereka. dan yg paling memenatkan bila tetiba jek ada tetamu nak bertandang. wahhh masa tu mmg mcm lipas kudungla tgn ibu, main campak jek mainan masuk dalam bekas atau bakul.. sbb nye ruang kecil tu terletak sebelah pintu masuk rumah. Bila masuk jek mmg ruang itu yg menangkap mata dulu.
    Tp sekarang ruang mainan anak anak dah dipindahkan ke bilik atas, iaitu bilik ketiga laa. Haa bila dah kat situ kira tak kisah laa nak sepahkan mainan tahap maximum sekalipun, ibu tak bising k syg...hehe sbbnye takde sapa nak tgk yg paling penting bukan mata ibu yg sentiasa nak mengadap..
     Selama aku duk kat umah ni mmg tingkat atas ni hampir 90% diabaikan.. ianya hanya dihidupkan bila ada tetamu dtg tido, ha masatulaa bilik bilik n ruang tamu kat atas ni meriah. So apa lagi bila tuan rumah dah duk atas yg tak pernah ada apa apa selama ni, mata ni mula laa terasa mcm ada jek yg tak kene.. Rasa nak jek buat sesuatu untuk menceriakan lagi ruang ruang kat tingkat atas ni.. so jalan yg paling murah n cepat adalah "menampal dinding".. hehe kos nya terlalu murah antara RM2-2.50. yg penting mengikut kreativiti masing masing..ni laa antara hasil ibu dgn kak Hana menampal, dan adik Raid dok sibuk nak kopek balik, Haa  apa lagi mengamuklaa ibu.. hua huaa

Almari anak anak yg kene angkat naik atas
ni laa wallpaper nye
wall paper kedua dalam bilik sebelah katil
Nilaa ruang kecil yg dulu nya tempat mainan anak anak

11 July 2011

HuJUnG mINggU dI SuNgAi beSar

Hmm alhamdulillah seperti yg dirancangkan, sampai juga ke sg besar hari Jumaat mlm jam 12 tgh mlm. Dari Bangi bertolak jam 7 ptg. Uuiii lamanya nak sampai kan??. hehe sbbnya byk persinggahan. Mula mula singgah solat maghrib, pastu jalan ikut highway KLIA keluar kat Klang Setia Eco Park. bukan apa nak elakkan jam, kalau ikut KL fuhh alamatnya mmg sampai awal pagi esok kot, sbb nye kan kecoh dgn 'Bersih'... Sampai Meru, Klang, cik abg singgah lak untuk beli KFC.. lapar sbb tak makan lagi, tp bila dah beli, aku lak tak lalu nak makan, yg paling kuat makan anak ibu, adik Raid, kak Hana dah tido kat belakang.So tinggalkan laa seketul ayam untuk kak Hana. And bila ibu tak lalu nak makan KFC terpaksa laa cik abg singgah lagi kedai makan. Kira kira jam 10 lak kite org singgah Kuala Selangor, kat bandar dia laa, byk kedai makan...tp tukang masaknye lak amboi, hmm lamanya menunggu Yerlaa tukang masak bukan lelaki tp perempuan, dan bila tgk macm budak sekolah jek. hehe takpela asalkan murah.
      Esok nye, Sabtu. Saje jek ajak kak Hana jalan jalan kat kg ayah. Sbb kg ayah mmg kampung betul tau.. bila siang cuaca mmg kira panas laa, tp bila mlm, mmg sgt sgt sejuk.. tak payah pakai kipas, air cond semula jadi..
jalan depan umah pada waktu pagi
Hasil my sony ericcson-satio tau...
tau tak. sbnrnya byk sgt butterfly.. tp bila nak snap jek kak hana terus nak tgkap, terbanglaa semuanya
haa apa ni??


semua ni bukan dari DSLR tau.. tp bila dah amik pic mcm ni rasa mcm byk rupanya yg menarik kt kg  cik abg ni ;)
Anak anak ibu laa yg paling seronok, sbb dapat bebas lari sana sini.. n insya Allah tahun ni.. turn balik raya kg cik abg.. n semua adik beradiknya pun insya Allah turut ada.. wah wah mmg lagi havoc laa sbb nyee ramai cucu lelaki.. apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. dan balik semula ke Bangi ahad ptg, sampai umah jam 10 mlm sbb sekali lagi byk tempat persinggahan. Singgah damansara damai, tgk baby baru kepada kawan masa keje kat guardian dulu. And terus dinner se famili di tasik idaman bangi lama, sampai je umah anak anak semua dah letih, mandi kan mereka n terus tido..

adik raid dgn ayah. Sian ayah nampak letih
mana ikan siakap nye ek??

05 July 2011

Bila KaK hAnA bEnaR BenAr mEnJadi KaKak..

Alhamdulillah ibu benar benar bersyukur atas rahmat yg Allah kurniakan pada ibu dgn kehadiran dua cahaya mata yg begitu membahagiakan ibu. Kak Hana yg kini dah berusia 3 thn 9 bulan dah boleh diharap untuk menjaga adik raid yg semakin lasak, ada sekali tu adik raid masa kat umah atok Melaka, dia dok goyang-goyangkan cermin besar atok sampai tertanggal satu screw, n kak hana terus menjerit atok adik raid main cermin, kalaulaa kak hana tak jerit na'uzubillah cermin tu blh hempap adik raid dan baru tadi di ni adik raid blh masuk kat celah tangga tingkat ats walaupun dah pasang pagar, nasib baik kak hana jerit.. n kak hana mmg dah pandai tlg ibu buat kerje rumah, tlg kemas mainan yg adik raid sepahkan, tlg susun baju lepas ibu lipat, tlg kemas tempat tido, tlg suap adik raid... thx syg.. maafkan ibu adakalanya kak Hana jadi tmpat ibu melepaskan marah, maafkan ibu, syg.. walau apa pun ibu hargai sgt apa yg kak Hana dah buat, semoga kak Hana menjadi anak yg solehah, sentiasa patuh pada ibu dan ayah, dan menjadi kakak contoh kepada adik raid...
meh adik raid, kak hana pasangkan butang baju melayu...

kak Hana tlg ibu kupaskan telur puyuh untuk ibu masak sup sayur
celah tangga yg adik raid blh masuk
terpaksa pasang pagar setelah ruang menonton dipindahkan ke tingkat atas.
(later update ruang tamu bawah yg telah diubah suai) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...